Monday 25 August 2014

Apa itu DRONE?? : Sebahagian Duniaku...

Apa itu DRONE?? : Sebahagian Duniaku...

Assalamualaikum, Alhamdulillah lama xupdate blog, pastinya terlalu banyak pengalaman yg sy nk kongsi bersama, tapi dalam post kali ni, admin suka untuk berkongsi dengan kawan2 tentang satu inovasi dunia Penerbangan (Bunyi macam owsem sja?...hoho).Inovasi tersebut dinamakan sebagai "Drone" atau Un-manned Aerial Vehicle(UAV), lebih senang dikenali sebagai "Pesawat tanpa Awak(pemandu)".

Admin bukanlah seorang Pilot, bukan juga pramugara.. sekedar seorang kaki hobi dan baru saja berjinak2 dalam teknologi Drone. mungkin sedikit sebanyak kawan2 tertanya2 apa itu Drone? biar sy jelaskan, menurut kefahaman admin, secara umumnya semua kenderaan air, darat dan udara yang dikawal tanpa pemandu di dalam pesawat tersebut dikenali sebagai "Un-manned Aerial Vehicle (UAV)", dimana pemandu hanya menggunakan alat kawalan jauh untuk menggerakkan fungsi kenderaan tersebut. Namun, bila UAV tersebut dilengkapi pelbagai sistem yang hampir menggantikan fungsi pemandu ,contohnya sistem autopilot, dimana ia boleh bergerak dan melakukan kerja sendiri mengikut apa yang pemandu telah arahkan (programkan), maka ia dikenali sebagai "DRONE". contoh paling mudah nk kenal Drone ,Lihat gambar dibawah .

mungkin kita biasa nampak di filem2 hollywood kan? inilah drone (dalam bentuk kapal terbang), drone biasa digunakan dalam teknologi ketenteraan disebabkan kos pembikinan yg lebih berkesan dan praktikal untuk tugas2 berisiko sprti menyerang, mengesan, mengintip yang rata2 tugas yg berisiko mengorbankan anggota tentera. dengan adanya drone, ia telah banyak menyelamatkan ribuan nyawa tentera(manusia), sebaliknya teknologi drone sudah semakin menular dalam dunia ketenteraan bagi menggantikan fungsi tentera. sehingga kini isu Drone sering diperdebatkan di peringkat global tentang penggunaannya dalam ketenteraan kerana sering digunakan untuk tujuan yang salah. admin tidak menolak kemungkinan pada perang yang akan datang, kita akan melihat peperangan bukan lagi diantara Tentera dengan tentera, tapi ia lebih dikenali sebagai pertarungan Dunia "Drone" ,pertarungan Abad ke 21.

ok, itu serba sedikit tentang Drone dalam ketenteraan,... yg ni admin nk kongsi sikit tentang Drone hasil Ciptaan Admin sendiri!! lihat Gambar:-


















Tadaa!!!,.. owsem kn? inilah drone pertama Admin,..hehe.... yeke? drone ke? ya, Drone dalam bentuk Quadcopter ni boleh melakukan beberapa fungsi utama dalam dunia penerbangan. antara fungsinya ialah:-

1. Stabilize : boleh menyeimbangkan badan sendiri semasa terbang tanpa perlu dikawal admin,bermakna dia boleh baca pusat gravitinya sendiri walaupun anda letakkan beban yg tidak seimbang pada badan drone.

2. Altitude Hold : boleh mengekalkan altitudnya (ketinggiannya dari paras laut)mengikut kehendak admin tanpa admin perlu mengawalnya.

3. Loiter: Boleh mengekalkan kedudukan (point positionnya)samada ketinggian, jarak dan kedudukannya walaupun dalam keadaan angin yang kuat, walaupun ada daya luar menolaknya, drone akan melawan daya tersebut dan tetap kekal pada kedudukan asalnya. owsem kn? hehe.. jadi xperlu risau kalu ada angin cuba menghanyutkan drone anda.

4. Return to launced (RTL): atau lebih dikenali sebagai "Balik rumah" ,haha... serius, drone ni boleh balik ke tempat asal dimana ia berlepas dan mendarat dengan selamat tanpa admin perlu mengawalnya... owsem??

5. Auto-pilot : haaa.... ni salah satu yg paling owsem, dilengkapi sistem auto-pilot,.. cuma perlu lukis pelan penerbangan anda dengan ketinggian n point2 yg anda tentukan, maka dengan otaknya (memori yg telah kita programkan) drone akan berlepas dan pergi ke semua point2 yang anda tanda kemudian mendarat semula dengan selamat. ini salah satu fungsi yg terdapat dalam dunia penerbangan kormesial. hehe

6. Follow Me: ok, yg ni paling best dan paling sy suka,... bila anda tekan satu button "follow me" dalam aplikasi ditablet/smartphone anda, drone akan terbang ikut dibelakang kemana saja anda pergi/bawa lari (pada jarak yg anda tentukan sendiri). . dengan syarat, hp/tablet tadi bersama anda.

ok, demikianlah sebahagian fungsi drone yg Admin ada..sebenar Admin dh ada 2 unit drone,..haha,.... tp tugas drone admin bukanlah untuk misi ketenteraan ok, hnya sebagai photographer,..hehe.... owh ya, ada satu kelemahan drone ni ialah, perlunya hubungan satelite yg mencukupi, sbb semua data yg drone perlu analisis semuanya dengan panduan GPS biasanya setiap kali penerbangan, drone perlu sekurang2nya 6 satelite yg boleh berhubung untuk penerbangan yang jitu dan selamat ,jika cuaca xelok (Hujan, mendung dsb), maka drone ni akan ingkar arahan tuannya, anda tidak dapat menerbangkannya atas faktor keselamatan. hehe... ok ,ni sedikit sebanyak hasi kerja Drone sebagai Photographer:-



Tuesday 7 January 2014

Hobiku,Antara kreativiti & Imaginasi?

Assalamualaikum & salam sejahtera buat kenalan-kenalan baru dan lama yg mengenali diri ini. Alhamdulillah setiap helah nafas adalah kurniaan yang tak terhitung nilainya ,wajib kita syukuri dengan rasa rendah diri & takjub dengan setiap kurniaanNya.
Kali ni penulis suka berkongsi dengan kawan-kawan sesuatu berkenaan tentang hobi & manfaat yang penulis sendiri dapati darinya.

Kadang kita sering melihat anak-anak kecil suka buat sesuatu yang mencabar malah memudharatkan diri mereka, panjat pokok, panjat pagar, selongkar itu dan ini. Dalam tak sedar sebenarnya itu adalah normal sebagai seorang manusia yang baru mengenal dunia, kanak-kanak mempunyai satu semangat/keinginan yang tinggi untuk meneroka sesuatu yang baru :).

Masa saya berusia 12 Tahun, mama saya telah hadiahkan saya sebuah kereta Radio Control jenis 4WD ,..itu sebagai Hadiah mama atas keputusan UPSR saya. Sejak dari itu, Minat & Kecenderungan saya untuk mengenali kecanggihan Radio Control semakin mendalam. Saya masih ingat bagaimana saya cuba meluncurkan kenderaan kawalan jauh melalui sebuah Bukit Di Kampung & Akhirnya permainan itu Rosak Berkecai :D .Realitinya, itulah semangat saya, sebenarnya keinginan & imaginasi saya ntk membuat sesuatu yang mencabar masa itu sangat tinggi (Passion). Antara Aktiviti Hujung Minggu, sekali sekala saya lakukan

Nak tengok Video? copy link ni.
http://www.youtube.com/watch?v=t21O8_P-uIE

Ini Pula Model RC F18 Hornet, Model ni tak la guna Kuasa Turbin Jet Betul-betul, cuma guna kuasa Kipas yang ada dalam Kapal tersebut (Ducted Fan).


Nak tengok Video? copy link ni.
http://www.youtube.com/watch?v=tn_DjCOMemU

Kreativiti

Kadang-kadang sy suka memanipulasikan apa yang ada, dalam permainan ni pula, mula-mula sy berfikir tentang satu tanggapan orang bahawa permainan ni boleh digunakan utk risikan & pengintipan jarak jauh. betul ker? jadi sy cuba gunakan hp sy ntk tujuan eksperimen..hahaha... tp ternyata bahawa memanipulasikan alat permainan itu kepada alat risikan & pengintipan bukanlah perkara mudah, tapi tidak mustahil. seperti dalam video ni,

Nak tengok Video? copy link ni.
http://www.youtube.com/watch?v=my_jAUtJ_jk

Ini pula Video Ketika Heli tersebut terhempas,..

copy link ni.
http://www.youtube.com/watch?v=tQp_i78313Y

Ini Pula Hasil Manipulasi dari sebuah Quadcopter yang rosak & xdpt diselamatkan, saya ubah jadi sebuah Bot Kuasa Tujahan Angin. Kelebihan Bot ni, Kipasnya xkan tersangkut pada rumpai-rumpai atau akar dalam air...hehe,... malah didarat pun masih boleh bergerak walaupun perlahan.



bagaimana dengn KOS Hobi??

Pernah dengar pepatah Inggeris "When You Like Of What You Doing, Its Not Your Work Anymore, Its Your Passion :)"
. Tidak dinafikan Kos permainan ini pada awalnya sangatlah tinggi, terutama skali bagi beginner yang belum pandai kawal flight ,banyak kos membaik pulih, tapi sebenarnya itulah kepuasan dalam permainan ni, kita menikmati hasil kerja & Usaha sendiri. Sekaligus memaksa kita untuk semakin hari mempebaiki kecekapan & fokus kita dalam permainan ni, kalau tidak, duit anda akan habis melayang utk kerja-kerja membaiki sahaja...hahaha.



Target Terbaru

Sebenarnya keinginan saya tidak cukup setakat ini,.. InsyaALLAH satu masa nanti inilah yang sy cuba cipta & Hasilkan. Sebuah Quadcopter yang mempunyai Kamera & Sistem GPS (Sama seperti Sistem Flight kapal sebenar), mampu bergerak jauh ketempat lain melalui kawalan satelite, mampu merisik & mendarat sendiri. Org kenalinya sebagai DRONE (Pesawat Tanpa Pemandu). Setakat itu sahaja coretan kali ini, mungkin ada kawan-kawan yg berminat dengan hobi ni, kita memang Geng...hehe Semoga Tercapai. Aamiin..


Copy Link ni Untuk penerangan.
http://www.youtube.com/watch?v=X6svIcef5lQ

Apa-apa pun, ini hanya sebagai hobi & salingan,..bukanlah tujuan hidup kan? masing-masing ada cara tersendiri untuk melontarkan idea & bakat. Selagi ia tidak melalaikan :)... Sekian

Tuesday 7 May 2013

DIARI HIDUPKU Siri .1

Assalamualaikum warahmatullah ,Alhamdulillah diharapkan semuanya sihat2 belaka hendaknya.

dlm setiap nafas ku bersyukur dgn segala yg Allah kurniakan sepanjang hidup,kali ni bermula lah titik perubahan yg besar dlm hidupku,

dlm aku bersendirian selalu terkenang dgn apa yg sudah dilalui sebelum ini & detik2 paling bermakna dlm hidup apabila hari pertama daku bergelar sebagai graduan. baru beberapa bulan aku gred dlm bidang KEJURUTERAAN AWAM & ALAM SEKITAR.
dh tentulah berbanyak2 terima kasih kepada WARGA FAMILY & WARGA UTHM yg sedia mendidikku sepanjang 4 tahun yg lepas.

Kenangan bersama rakan seperjuangan, kejuruteraan sivil di cameroon highland, kajian batu gua musang.


KHURUJ

Sebut tentang kerjaya, mulanya hal ni yg sgt merisaukan aku, almaklumlah situasi hari ni penuh dgn persaingan, selesai saja menduduki FINAL EXAM aku terus menelefon mama n papa ntk smpaikan hasrat penting ku. mulanya Aku dh sebulat suara dgn kawan nk khuruj 4 bulan ntk agama di luar negara, kosnya lebih kurang RM4000.00, Setelah mendapat restu ma & pa, Mesyuarat Syura putuskan aku ntk khuruj 40 hari dulu, maka aku yakin pasti ada "khir"nya kenapa Syura membuat keputusan begitu. Lagi pun matlamat utama & niat utamaku bukanlah nk dkwah org lain, tapi lebih kepada usaha perbaiki diri. Almaklumlah dh 4 tahun bergelumang dgn ilmu dunia.huhu

Ikutkan hati, nk juga sy ceritakan semua peristiwa sepanjang khuruj 40 hr d smenanjung, begitu banyak peristiwa penting yg menjadi hikmah bagi penulis,.. insyaallah di lain post , sy cuba ceritakan.

MENCEBURI BIDANG KERJAYA

KERJAYA 1 :GURU PENDIDIKAN QURAN & SUNNAH kerjaya pertamaku.

Selesai 40 Hari ku luangkan masa khuruj bersama rakan d sekitar negeri perak, maka aku balik ke negeri asalku SABAH.
& sempatlah aku menyambut beberapa hari puasa ramadan bersama keluarga & hari raya Aidil Fitri di rumah. Selang beberapa minggu Musim persekolahan pun bermula, sebelum ni aku sempat berkenalan dgn seorg ustazah SMKA LIMAUAN semasa berziarah ke rumah Juniorku d putatan, Sabah. Ustazah memaklumkan aku tentang kekosongan Guru AGAMA di sekolah tersebut. Maka terdetik dihatiku ntk mencuba nasib sementara menunggu konvokesyen yg 3 bulan lagi bakal diadakan. AKu tahu walaupun kerjaya itu sgt jauh menyimpang dari bidang yg aku ceburi, tapi insyaALLAH bukan bermakna kita xboleh belajar dari org lain. tambahan pula ramai ustaz2 yg dh aku kenal di sekolah tersebut, maka aku memberanikan diri ntk tampil bertemu Ustaz AGUS & Ustaz ISMAIL selaku Penolong Kanan & pengetua Sekolah tersebut. ALHAMDULILLAH berkat doa & usaha ALLAH mudahkan aku, Ustaz AGUS & USTAZ ISMAIL memberi kepercayaan ntkku mengajar Kelas TINGKATAN 5 ,TINGKATAN 4 & TINGKATAN 2 untuk subjek PQS (Pend. Quran & Sunnah & PEndidikan ISLAM). Bermulalah detik cukup bermakna bagiku memulakan kerjaya pertama sebagai seorg pendidik & pastinya banyak pengalaman penting yg aku perlu pelajari dari cikgu2 disana :)


(GAMBAR AKU bersama Anak2 murid tingkatan 2A untuk kelas Pendidikan Islam )




Pengalaman menjadi seorg pendidik sgt2 bermakna & penuh pengajaran walaupun hanya 3 bulan ntk aku mempelajarinya. APa yg dpt aku simpulkan, jika dulu kita sebagai pelajar kita xpernah memahami perasaan guru2 kita & kini baru aku tau bagaimana perasaan menjadi guru bila Anak2 murid tidur & xambil perhatian semasa kita mengajar. baru aku sedar lelahnya menjadi guru ntk mengajar & memeriksa semua kertas EXAM anak2 murid :).

Selesai Konvokesyen, hanya tinggal beberapa minggu lagi ntk aq bersama murid2 yg disayangi. sering aku doakan ntk anak2 murid yg aq anggap sebagai adik sendiri, smoga jadi anka yg soleh solehah penyelamat ibubapa di akhirat kelak. aq belajar bersangka baik dgn setiap org & masih terlalu awal ntk aku menentukan nasib & keadaan mereka kelak. Cukuplah pengalaman silam yg aku pelajari dari org lain. yg baik belum tentu terus baik & yg xbaik belum tentu terus xbaik, asalakan kita diberi peluang & usaha ntk menentukannya sendiri ,lambat laun manusia akan sedar & berubah.



KERJAYA 2 :JURUTERA PROJEK (SYARIKAT PUTERA PROJEK SDN. BHD)

Selang beberapa minggu aku tamat mengajar di SMKA LIMAUAN, Alhamdulillah, syukur pada Allah,kini dtg pula peluang yg lain. kali ini berkenaan sebuah projek perumahan di kawasan pedalaman keningau. seorg jurutera diperlukan ntk mengurus projek tersebut. Maka sperti biasa bila peluang dh ada pastinya diikhtiarkan :D,.. tapi kali ni aku menwarkan diri ntk menimba pengalaman , soal gaji aku xla demand sgt sebab aku sedar aku belum cukup pengalaman ntk bidang tu. ini lah peluang terbaik ntk aku bawa ilmu2 dlm bidang ygaq ceburi sebelum ni ke lapangan yg sebenar. Projek pertama aku sgt beruntung sebab projek baru sahaja bermula & aku berpeluang merancangnya dari awal, maka ilmu ntk memlulakan sesuatu projek sgt2 penting bagi aku yg mentah ini. Projek hanya bernilai RM 3.6 Juta ntk pembinaan 33 unit perumahan single story & Kemudahana asas di kawasan ladang sawit seluar 12 Ekar tanah.

Kenangan bersama ketua jurutera dari lembaga pembangunan perumahan dan bandar , LPPB, simple sja orgnya,..hehe



Cabaran dalam kerjaya

-Dimana-mana pun pasti ada cabarannya, jika dulu cabaran seorang guru lebih kepada mengendalikan pelajar & kualiti pendidikan. kali ini Cabaran lebih tertumpu kepada kebijaksanaan kita mengendalikan masalah & urusan-urusan teknikal. jujur aku katakan mengendalikan projek secara teori kepada praktikal bukanlah perkara yg mudah lebih2 lagi org yg mentah macam aku, maka aq banyak meminta ajar dgn kawan2ku yg dh berpengalaman termasuklah seorg pengurus projek En. CV LAAI, seorg rakan berbangsa Cina yg banyak berkongsi pengalaman dgnku. dia cuma berkelulusan PMR ,tapi aq sgt kagum dgn usahanya dh mampu kendalikan projek sendiri bermula umur 17 tahun. TABIK SPRING SAMA BELIAU!!!


KERJAYA TERKINI : JURUTERA PERBANDARAN

BERSAMBUNG ........ (DIARI HIDUPKU SIRI .2)








Saturday 24 November 2012

Muhasabah Umat : Asbab Penyerahan Kunci Al-Quds


Assalmualaikum, Sekali lagi & berkali2 Rejim Zionis telah mencabuli Perjanjian Gencatan senjata kerjaan baru Mesir.... Hati siapa yg tidak marah dgn Setiap Peristiwa Penghinaan & kekejaman saudara2 Seislam kita, tambahan pula AL-Quds adalah tempat yg Suci Bagi 3 agama (Majusi, Nasrani & Muslim), sesiapa yg menawan AL-Quds mereka Kaum yg menakluki Dunia.... Seimbas kembali kita lihat keadaan Umat islam hari ini siap dgn Kemarahan & penzahiran masing2 mengutuk perbuatan Zionis berkaitan isu Umat ini. Seimbas kembali daku cuba memahami situasi & keadaan yg menjadi Asbab Penghinaan ini, adakah sudah tidak ada doa yg dimakbulkan Allah?? adakah tidak ada seorg pun yg didengari doanya?? Adakah Hadis "Doa adalah senjata Mukmin" itu hadis palsu?? soalan terus berputar di segenap minda untukku cuba memahami masalah ini, maka ku belek semula kisah2 terdahulu untuk sama kita ambil Iktibar & pengajaran berkenaan Penaklukan Kota Al-Quds .




Kisah Saidina Umar menawan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis)

Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang umat Islam untuk menawan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis) terbuka luas....

Patriarch Sophronius, seorang Bishop memberikan syarat supaya Khalifah Islam ketika itu, Umar ibn Al-Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Jerusalem dan memberi jaminan keselamatan.

Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan akan melakukan serangan terhadap Kota Baitul Maqdis sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom melakukannya.... tapi ternyata jangkaan mereka silap.

Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat disitu.... Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar Al-Khattab menuju ke Kota Jerusalem.

Di saat itulah kisah hebat pembukaan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis) yang dilakukan Khalifah Umar Al-Khattab bermula....

Khalifah Umar Al-Khattab pergi ke Baitul Maqdis dengan tidak diiringi oleh pasukan ketenteraan,...dan tidak juga mengenakan pakaian yang mewah - mewah untuk melambangkan kehebatan kerajaannya.... beliau datang dengan hanya menaiki seekor unta, dan ditemani oleh seorang khadamnya sahaja. ...dan Perjalanan Umar dan khadamnya dari Kota Madinah ke Kota Al-Quds, hanya berbekalkan air, roti dan kurma.

Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta.... Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya akan berjalan sambil memegang pedati unta tersebut.... Manakala jika giliran khadamnya yang menaiki unta, Umar pula yang akan berjalan sambil memegang pedati unta itu.... Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat.... Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga mereka sampai ke Kota Al-Quds.

Sebelum mereka sampai ke Kota Al-Quds, Umar telah melalui khemah tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah di Jabiya.... Abu Ubaidah bin Jarrah merupakan salah seorang Sahabat Nabi yang termasuk dalam senarai 10 orang yang telah dijanjikan syurga..... Turut bersama Abu Ubaidah ketika itu ialah Khaled Al-Waled.

Apabila tentera-tentera Islam menyedari kedatangan Khalifah Umar Al-Khattab, mereka menyambutnya dengan penuh rasa penghormatan.... Ketika itu giliran Umar berjalan kaki dan memegang pedati unta sementara khadamnya menunggang.... Berkali-kali khadamnya meminta agar Umar berada di atas unta sebelum sampai ke perkhemahan tentera,... tetapi hal itu ditolak oleh Umar kerana kerendahan hati dan ketinggian budinya.

Melihat keadaan kaki Khalifah Umar yang sudah pecah-pecah dan diselaputi debu-debu tanah dan luka kerana perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik memberi cadangan kepada Umar untuk mengapitnya sehingga ke pintu Kota Al-Quds, “ Wahai Amiral Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan... Mereka (penduduk Al-Quds) tentu akan kagum melihat kemegahan kamu sebagai seorang Khalifah ”...

Tiba-tiba Umar Al-Khattab merenung Abu Ubaidah,... dengan wajah yang sangat kecewa atas apa yang diucapnya lalu keluarlah kata-kata Umar yang mahsyur kepada Abu Ubaidah, "Demi Allah..... Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah nescaya aku akan menghukummu sebagai pengajaran buat umat ini !.... Sesungguhnya kita semua ini adalah hina, lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah".

Khalifah Umar menolak cadangan Abu Ubaidah dan tidak memanjangkan dialog bersamanya.... Umar bersama khadamnya terus berlalu pergi meninggalkan perkhemahan tentera Islam di Jabiya (Satu kawasan di luar Kota Baitul Maqdis).

Mereka masih bergilir-gilir menaiki unta sambil menghabiskan bacaan surah Yassin.... Apabila Kota Al-Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus kekal menaiki unta, sementara dia yang akan memegang pedati unta yang dinaiki Umar.... Tetapi Umar tegas melarang dan mengarahkan pembantunya agar terus mengikut tempoh giliran yang ditetapkan.... Kebetulan, apabila jarak mereka berdua hampir tiba ke pintu gerbang Kota Al-Quds, waktu itu giliran Umar memegang tali pedati unta tersebut.

Berkerumun tentera-tentera Rom dan rakyat Al-Quds yang beragama Nasrani memenuhi jalan-jalan.... Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah peradaban dunia.... Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan datang membawa bala tentera, panji-panji di-raja dan sebagainya.... Tetapi Umar datang dengan baju kasar yang lusuh dan berdebu, manakala kedua-dua kakinya juga berdebu.

Umar berhenti apabila sampai di gerbang Dimashq,... salah satu pintu masuk ke Kota Al-Quds.... Kemudian beliau terus berjalan meninggalkan unta dan khadamnya di situ,...

Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat ketibaan Khalifah Umar.... Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi dan namanya....ternyata mereka terpedaya dengan sangkaan-sangkaan buruk mengenai Umar,... sebaliknya Khalifah Umar hanya ditemani oleh seorang khadam setibanya di Jerusalem.... Lebih mengharukan, mereka melihat Khalifah Umar yang menarik tali pedati yang ditunggang khadamnya.... Mereka merasakan perbezaan yang jelas antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini.

Seluruh rakyat Al-Quds dan pembesar-pembesar di Jerusalem memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berkata, " Angkat kepala kamu... sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Allah".

Patriarch Sophronius bersama bishop-bishop lain memakai pakaian yang mewah-mewah bergemerlapan,... sedangkan orang yang ingin diberikan penghormatan, hanya memakai pakaian seperti rakyat biasa.... Sophronius malu melihat penampilah Khalifah yang sungguh sederhana,.... dalam hatinya berkata, ” Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas ”.

Saat Sophronius teruja dan menitiskan air mata melihat kesederhanaan Umar, dia teringat akan tanda-tanda pemilik sebenar Kota Al-Quds sebagaimana yang disebut di dalam Kitab Injil.... Sophronius menghampiri Khalifah Umar sambil di tangannya memegang kunci Kota Al-Quds.... Kemudian Sophronius berkata kepada Umar, “ Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan padanya kunci kota Al Quds ini,... pasti akan memiliki tiga tanda... Petanda-petanda tersebut jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.

“ Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya.... Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua kakinya diselaputi debu-debu tanah (lumpur).... Ketiga, orang itu datang dalam keadaan bajunya penuh dengan tampalan ".

Setelah Sophronius melihat tanda-tanda tersebut ada pada Khalifah Umar Al- Khattab, dia kemudian meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang ada pada baju yang dipakainya.... Ada 17 jahitan yang menampal pada baju Umar,.... dengan perasaan penuh debaran dan ta’ajub Sophronius berkata, " Inilah tanda yang ketiga, ya Tuhan.... Tidak diberikan kunci-kunci Kota al Quds ini kecuali kepada seorang pemimpin yang memiliki tiga tanda keagungan di mana tanda-tanda inilah yang paling unggul dalam lembaran sejarah dan tidak ternilai harganya (seperti yang disebut di dalam Injil), pertama, Khadamnya yang menunggang kenderaan... kedua Calitan debu-debu tanah.... dan ketiga,... Tampalan pada bajunya ".

Menurut Sophronius, tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh Umar adalah kerajaan yang akan relevan sepanjang zaman,.. Kemudian dia menambah lagi, " Aku tidak sedih untuk memberikan kunci ini kepada Umar dan kerajaannya "

Khalifah Umar kemudian menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari Sophronius.... Khalifah Umar mengikat jaminan keselamatan dan keamanan dengan penganut Kristian yang akan tetap tinggal di Jerusalem.

Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian perdamaian, Khalifah Umar dibawa berjalan-jalan disekitar bandar Al-Quds sehinggalah tiba waktu solat,... Bishop Sophronius mempelawa Saidina Umar untuk melaksanakannya di Holy Sepulchure - Gereja Al-Qiamah (maqam suci Jesus yang didakwa oleh penganut Kristian).... Tetapi ajakan itu ditolak, kerana Umar khuatir perbuatan tersebut akan menjadi hujjah generasi Islam selepasnya untuk mengubah gereja menjadi masjid.

Saidina Umar kemudiannya meninjau sekitar kawasan Gereja Al-Qiamah dan berjalan keluar menuju ke selatan, lalu beliau melakukan solat di tempat perhentiannya.... Kawasan tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar.

Genap 10 hari,.. Khalifah Umar bersama tentera-tentera Islam memasuki Kota Al-Quds dengan aman.... Kejayaan tersebut diraikan dengan menunaikan qiyam dan doa kesyukuran kepada Allah SWT... Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis... Lalu salah seorang bertanya kepada Umar, ” Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini ?”

“ Benar, aku menangisi kemenangan ini.... dan aku teringat Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda…”

"Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kamu. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada diri kamu semua, sebagaimana yang diperolehi oleh orang-orang sebelum kamu. Lalu kamu semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kamu seperti mereka dibinasakan (kerana kelalaian terhadap dunia)".

Cubalah kita bandingkan Peristiwa ini ,bagaimana Kejayaan Umat terdahulu menakluki Kota Al-Quds dlm keadaan Iman yg Cukup SEMPURNA dan Selayaknyalah ALLAH meninggikan darjat Mereka sebagaimana ALLAH BERTANGGUNJAWAB keatas Kemenangan Orang2 yg Beriman, penulisan ini sendiri menyentak hati & perasaanku seolah menyindir diri sendiri, Sungguh Kejayaan yg Umar bawa Adalah demi mengejar Iman yg sempurna & Sedikit pun tidak terpedaya dgn Kejayaannya Menakluki Dunia. Sukar untukku fahami.

Tuesday 13 November 2012

Sabar & Solat

Mintalah Pertolongan Dengan Sabar Dan Solat

Suatu hari persedian makanan dirumah Ali bin Abi Thalib habis .Tidak ada gandum atau roti atau kurma yang dapat mereka makan, kecuali hanya air minum saja.Sementara Ali r.a sedang keluar dalam waktu yang cukup lama untuk suatu keperluan. Fatimah Az Zahra sedih kerana tiada yang boleh ia suguhkan untuk menyambut kedatangan suaminya. Tiba Ali r.a datang dan mengucapkan salam dan menanyakan, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “tidak ada sesuatupun yang dapat kita makan kecuali air minum saja yang tersedia”.

Ali r.a segera keluar rumah dan menuju masjid. Kemudian wudhu dan melakukan solat sunnat, setelah salam berdoa sejenak dan pulang ke rumah. Dan bertanya kepada Fatimah Az Zahra, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “tidak ada sesuatu pun yang dapat kita makan kecuali air minum saja yang tersedia”.



Setelah itu Ali keluar rumah dan menuju masjid lagi. Kembali menyempurnakan wudhunya dan sholat sunnah, setelah salam berdoa sejenak dan pulang ke rumah. Dan bertanya kepada Fatimah Az Zahra, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “tidak ada sesuatupun yang dapat kita makan kecuali air minum saja yang tersedia”.

Mendengar jawaban itu Ali r.a kembali keluar rumah dan menuju ke masjid. Kembali ia menyempurnakan wudhunya dan solat sunnah, setelah salam berdoa sejenak dan pulang ke rumah. Dan bertanya kepada Fatimah Az Zahra, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “Sesungguhnya gilingan gandum yang telah lama tidak terpakai itu telah berputar dan menghasilkan tepung yang boleh kita buat roti, bersyukurlah wahai suamiku kerana Allah telah membuka khazanahnya didepan mata kita.”

Kemudian mereka menunggu gilingan gandum itu berputar dan terus menerus menghasilkan tepung. Semakin lama semakin banyak dan tempat menyimpan tepung sudah tidak mencukupi. Maka Ali r.a membuka penutup gilingan gandum itu, sejenak kemudian gilingan gandum itu berhenti berputar. Mereka kemudian membuat roti untuk dimakan sebagai keperluan sehari hari mereka.

Hal ini disampaikan kepada Rasulullah SAW dan bersabda : “Wahai Ali andaikan kamu tidak membuka penutup gilingan gandum itu, gilingan itu akan mengeluarkan tepung sampai hari kiamat”.

Ketika Ali ra belum mendapatkan makanan. Ali ra menyalahkan dirinya sendiri. Yang salah ini solat saya mungkin wudhu’ kurang sempurna. Bukan menyalahkan solatnya. Kalau kita hari ini solat belum boleh mendapat pertolongan Allah SWT. Yang salah itu solat kita, perbaiki lagi dan lagi.



Kalau kita ada kereta dan tiba-tiba rosak sedangkan tujuan kita masih jauh.Lebih baik saya tinggalkan saja kereta ni, saya naik kendaraan lain saja. Maka yang SENANG HATI ITU SI PENCURI “Baguslah kau tinggalkan” katanya dalam hati. Periksa dulu mungkin Petrolnya habis atau ada kabelnya yang longgar.

Kalau kita solat belum boleh mendapat pertolongan Allah SWT kemudian kita tinggalkan. Maka yang SENANG INI SYAITAN “Baguslah kamu tak solat”. Periksa lagi solat kita, mungkin wudhu’nya kurang sempurna atau bacaannya.

Untuk mendapat gelar Sarjana Muda kita berkorban 6 tahun Sekolah rendah, 5 tahun Sekolah menengah, 1 tahun sijil dan 4 tahun kuliah. 16 tahun belajar mengorbankan wang puluhan ribu dan menghabiskan waktu yang panjang. Adakah jaminan misalnya dari presiden kalau kamu sarjana dapat rm 3000 sebulan?? . Atau jaminan dari yang lain. Tidak ada kan??? tapi ada keyakinan dalam diri kita kalau saya sarjana akan mudah bekerja.

Untuk mendapatkan solat yang dapat menarik pertolongan Allah SWT juga perlu latihan bukan 16 tahun dan menghabiskan wang yang banyak.

“Untuk menyelesaikan masalah dunia saja tidak boleh bagaimana solat kita boleh menyelesaikan masalah akhirat…?”

Allah SWT berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. (QS. Al Baqarah 153)

Allah SWT berfirman : “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'”. (QS. Al Baqarah 45)

Ini jaminan Allah SWT

Tuesday 26 June 2012

Luangkan masamu untukKU

Duhai Hati, engkau pemilik perbuatanku..

Nabiku (SAW) bersabda(mafhumnya):" didalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya, jika buruk daging itu maka buruklah seluruh anggotanya, yang dimaksudkan itulah HATI"

apalah erti kehidupan jika tidak mengenal fitrah diri,
apalah erti jasad jika tak mengenal penyakit hati,

aku juga punya niat untuk berjuang di medan tempur,
aku juga punya niat berjuang di medan Kerjaya,
aku juga punya niat ingin bahagia disamping keluarga,
namun bagaimana utk aku berjuang andai hati masih jelek penuh kebencian?,
namun bagaimana utk aku melangkah di medan pekerjaan jika hati masih ada kerakusan?
namun bagaimana utk aku berbahagia memimpin keluarga jika hati masih mudah terkesan?


Ya Allah, ajari aku mencintai Agamamu,
yg dengannya aku mencintai HambaMu,
Ajari aku membenci kemungkaranMu,
yg dgnnya ku membenci sesuatu hanya keranaMu,

telah ku luangkan masa ini demi kesenangan dunia 4 tahun dgn sokongan keluarga & rakan2
sekarang ku bawakan diri ntk belajar tidak berharap pada Makhluk,
tak mengharap pada sokongan & pandangan,
kerna aku tahu Allah itu Maha mengetahui,
Maha Pemegang segala hati,
Maha Pemberi Rezeki,
ku korbankan dgn susah payah untuk mencari kesenangan Sementara
yg mana belum pasti kesenangan itu pastiku tempuhi, padahal MATI itu jalan yg PASTI!

kini mengapa sukar untukku berkorban demi kesenangan ABADI?
....
ternyata hatiku masih diulit keselesaan Dunia!, selama ini aku berjuang demi kesenangan Dunia! ,aku mencari Asbab Keselesaan & Kemewahan !!

Sang mentari datang ku semaikan benih Iman,
Sang malam menerkam, ku sirami air mata penyesalan,
apa diharap pada rembulan jika rindu hanya menunggu,
apa dicari pada mentari jika takutkan bayang sendiri,
kini jelas Cinta itu hakiki,
namun hati membatu bergolek membawa diri,
saat ku melihat Hilangnya mentari, saat itu ku kenal indahnya cahaya rembulan,
saat ku merasa Agungnya diri, saat itu ku sedar hidupku dahagakan ketenangan,


Yakinlah duhai hati, Dunia ini Bangkai & yg diusahakan itu untuk merebut Bangkai!!
manusia bermusuhan demi Bangkai!,
dahulu ku usahakan atas Bangkai dgn niat agar hidupku nanti mencukupi & tak meminta2 ,smoga Allah redha dgn niatku,
Kini,Aku juga mahu belajar apa itu "keberkatan rezeki, ketenangan Abadi!"
Kenapa sukar ntk ku meyakini pada Janji Ilahi,
"Sesungguhnya kekuasaan dunia & Akhirat bagi org yg bertaqwa",
sebaliknya ku mencari Asbab kejayaan & kekuasaan dgn cara yg Hina.


hari ini ,ku serahkan diriku untukMU,
ku luangkan masa ini untukMU,
sesungguhnya aku ini mahar AgamaMU
Selamatkanlah diriku dari sekutu2,
perbetulkanlah niatku,

aku tahu pemergianku tiada siapa yg peduli,
perjalananku tiada wanita yg mengiringi,
perjuanganku tiada siapa yg mahu memahami,

namun,Demi tidak mengharap pada makhluk,
aku redhakan semuanya,kerna ku yakin
Allah yg Maha peduli,
Allah yg Maha mengiringi,
& hanya Allah yg Maha memahami...


kini ku pergi hanyalah pengorbanan perasaan,
perasaan ingin disuka,
perasaan ingin ditemani,
perasaan Bahagia bersama keluargaku cintai,
ku harapkan kesempatan Ramadhan ini & Ramadhan paling bermakna penuh berharga,
ku harapkan pemergian sementara ini sempat merubah jalan hidupku,
aku tahu membersihkan hati ibarat memberus gigi, perlu berterusan setiap hari.Sungguh pemergian ini demi mencari Kekuatan Agarku balik nanti dgn Seribu harapan berjuang dimedan keluarga ,saudara & dunia


Aku doakan sepanjang pemergianku,
semoga,
Allah mentarbiyah keluargaku,
Allah lembutkan hati saudara-mara ku,
Allah pelihara teman-temanku,
hari ini kita saling berpisah,
Esok pasti kita bertemu lagi,




Ya Allah, sepanjang kepergianku
Engkau peliharalah Pandanganku dari perhiasan dunia,
Peliharalah aurat-aurat wanita, tinggikanlah nilai mereka,
Engkau peliharalah pandanganku dari melihat keburukkan saudaraku,
agar lapang hatiku untuk bertemu,
Engkau peliharalah pendengaranku, lidahku ,kaki & tanganku,
Engkau peliharalah niatku,
Engkau peliharalah keluargaku,
Engkau murahkanlah rezeki-rezeki buat saudara2 se-islamku,
Engkau bantulah Hamba2Mu yg Dizolimi, kasihanilah Umat Ini,
Engkau sucikan hatiku sebagaimana sucinya hati para Anbiya a.s
Engkau tunjukkan kudratMu, kekuasaanMu,
Engkau tunjukkan HikmahMu & Ilmu-ilmuMu yg hanya ku dapati dari Jalan ini,
Engkau peliharalah Ummat ini, satukanlah kembali Ummat ini dengan Kalimah Tauhidmu,
Ya Allah, Datangkan kembali Keyakinan Ummat pada Kalimah LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH.. Yakinkan semula Ummat pada Sunnah Kekasihmu membawa kejayaan.
Kembalikan ummat ini pada jalan yang Tawajuh,
maka disitulah letaknya kekuatan Ummat,
Engkau tutuplah aib2 saudaraku,aib2 diriku,
Engkau tunjukkan kebaikan2 saudaraku,
Engkau tunjuklah kelemahan2 ttg diriku agar dptku memperbaiki,
Ya Allah, Apa yg Rasulullah SAW minta dijauhkan dari Ummat ini, maka itulah yg kami minta dijauhkan,
dan Apa yg Rasululllah SAW minta dikurniakan bagi Ummat ini, maka itulah yg kami minta dikurniakan.
Jauhkan diriku dari Angkuh, Ujub & Merendahkan saudaraku,
Sekiranya Engkau mengkehendaki kematian untukku, maka matikan aku dijalanMU,
sekiranya Engkau membangkitkan aku, bangkitkan diriku dgn niat yg betul hnya keranaMU,




-Tarbiyahlah diriku sebagaimana engkau mengajarkan sahabatMu (Ibrahim a.s)dlm mencari petunjukMu,

Dari Abu Darda’ r.a., ia berkata, “Saya telah mendengar Abul-Qasim saw. bersabda, ‘Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Hai ‘Isa, sesungguhnya Aku akan membangkitkan satu umat sesudahmu. Jika mereka mendapatkan apa yang mereka sukai, mereka memuji Allah. Dan jika ditimpa hal-hal yang tidak mereka inginkan, mereka mengharapkan pahala dan bersabar, padahal mereka bukan Penyantun dan tidak mempunyai ilmu tentang urusan itu. Maka ‘Isa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, lalu bagaimana boleh mereka bersikap demikian, padahal tidak mempunyai sifat penyantun dan ilmu?’ Allah swt. berfirman, Aku berikan mereka sifat santun-Ku dan ilmu-Ku.” (H.r. Hakim).


Sekian ,Assalamualaikum...smoga Allah merahmati kalian(Wahai Pembaca)...

(26 jun 2012- 10 Ogos 2012)
Sepanjang ketiadaanku disamping teman & kenalan,
sebarang masalah silalah merujuk no. hp ini (013-5435856, Ikhsan)




Sunday 24 June 2012

Suatu Tentang Aku, Hujah & Politik.

Saya secara umumnya Tidak memihak kepada mana-mana pihak secara membuta tuli bahkan sedia menjadi tali penyatu hati-hati mereka yang bersengketa. Antara kerajaan atau pembangkang, kedua-duanya ada kebaikan yang telah mereka curahkan kepada negara. Meskipun begitu, saya berhak untuk menjadi pengkritik kepada mana-mana pihak yang saya rasakan perlu untuk ditegur jika mereka melakukan kesilapan. Pada masa yang sama, saya mempunyai ideologi saya sendiri mengenai bagaimana membawa sesebuah negara itu ke arah yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.

Apakah ideologi itu?

Ramai orang berpendapat, jika sesebuah negara itu mempunyai pemimpin yang adil, mengamalkan Islam dalam pemerintahan, maka secara automatik, rakyatnya akan menjadi baik dan mengamalkan Islam. Pendapat saya pula, jika sesebuah negara itu mempunyai rakyat yang baik dan mengamalkan perintah Allah, maka pasti Allah akan datangkan kepada mereka seorang pemimpin yang adil atau menjadikan mereka penguasa di bumi.

Apakah hujah saya untuk mendokong ideologi itu?

Berdasarkan kepada ayat al-Quran, "Dan Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik. Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat". (QS An-Nur : 55-56)

Saya tidak layak untuk mentafsir ayat al-Quran. Anda bukalah sendiri tafsir dan bertanyalah kepada para ulama mengenai perbahasannya.

Cuma apa yang dapat saya katakan, Allah belum hantar kepada kita pemimpin yang adil atau memilih daripada kalangan kita penguasa yang dapat menguasai bumi kerana kurangnya amal soleh di kalangan kita. Lihatlah di masjid-masjid, berapa kerat yang datang solat berjemaah? Lihatlah di sekeliling kita, berapa ramai yang tidak menutup aurat. Ada banyak lagi penyakit-penyakit umat yang semuanya berpunca daripada iman yang sakit.


pertama, kita mendakwa Al-Quran & Sunnah adalah asas kehidupan kita & meyakini segala isi kandungannya adalah sempurna tanpa ditambah dgn pemikiran tersendiri meskipun diluar logik akal.Perintah Allah sama sekali tidak boleh ditafsirkan dengan akal! Allah tidak mengkehendaki Islam itu dianuti secara paksaan. Islam juga tidak berdiri dengan kekuatan ekonomi dan sosial. Akan tetapi, Islam itu masuk ke dalam hati Para Sahabat setelah berlakunya pengorbanan. Allah mahu semua umat Islam yakin bahawa kekuasaan mutlak hanya milik Allah. Allah tidak sedikit pun bergantung kepada mana-mana kuasa lain. Sesiapa yang yakin dengan kuasa, politik, sosial atau sebagainya, dia telah melakukan syirik kepada Allah.


Kedua, asbab keimanan dan penerimaan Islam oleh penduduk Madinah, maka Allah telah hantar Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin mereka. Maka, benarlah janji Allah, "Dan Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik. Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat". (QS An-Nur : 55-56)

"Tapi, itu zaman Nabi ... sekarang zaman moden. Zaman demokrasi, dunia tanpa sempadan. Mustahillah hendak dapat pemimpin yang adil pada masa sekarang."

Allah ialah Tuhan yang sama semenjak zaman Nabi Adam sampai hari kiamat. Sunnah Allah tidak berubah. Hanya kita yang mencari alasan. Bahkan tidak ada usaha ke arah itu kecuali segelintir mereka yang mengusahakannya. Jika kita sebagai rakyat memperbaiki amal soleh kita, beriman dengan sebenar-benar iman, memuliakan saudara seagama dan tidak caci-mencaci, Allah pasti akan pilih seorang pemimpin yang adil di kalangan kita atau sesiapa sahaja yang mahu hantar ke negara kita.
Benar kata orang bijak pandai, “Jika hendak mengubah dunia, ubahlah diri sendiri dahulu.” Imam Hasan Al-Banna juga sendiri pernah berkata(Mafhum)," jika ingin Islam tertegak ,maka tegakkan islam di setiap Hati kamu" Pemimpin yang zalim ialah natijah daripada perlakuan buruk kita sendiri. Sekumpulan perompak akan memilih perompak juga sebagai ketua mereka. Mustahil mereka melantik polis sebagai ketua kecuali polis itu seorang perompak seperti mereka juga. Hari ni org berilmu berkta sebuah negara Islam bermula dari institusi Kekeluargaan, maka hari ini bagaiman agama tertegak tanpa menegakkan agama di setiap hati Manusia yang akhirnya akan berkeluarga ,membiak & bertambah?

Jika kerja dakwah dikerjakan dengan maksimal, maka hasil dari kerja dakwah ini adalah :

Dakwah↑ – Iman↑ – Amal↑ – Ilmu↑ – Akhlaq↑ – Maksiat↓ – Ukhwah↑ – Perpecahan↓
:

Ketika Agama akan wujud, keberkahan akan turun dari langit dan dari bumi, ekonomi akan menjadi baik, orang akan lebih memilih hidup sederhana, sehingga harga barang akan turun, import akan berkurang, matawang akan menjadi kuat, harga akan stabil, inflasi dapat diatasi. Ketika ini kondisi umat akan membaik, yang batil akan lenyap, keamanan dan ketenteraman akan wujud, kebaikan akan meningkat, doa akan di dengar, pertolongan Allah akan turun, dan kejayaan umat Islam akan kembali.


Jika Dakwah xdiusahakan


Dakwah↓ – Iman↓ – Amal↓ – Ilmu↓ – Akhlaq↓ – Maksiat↑ – Ukhwah↓ – Perpecahan↑
:

Ketika ini Agama akan hancur, keberkahan akan Allah tercabut, keadaani umat akan memburuk, orang menjadi tidak bersyukur & banyak permintaan, permintaan akan barang meningkat, sehingga harga-harga akan naik, ekonomi akan berhempas pulas, beza antara yang kaya dan yang miskin akan sangat menonjol, kerosakan dimana-mana, kejahatan bermaharajalela. Kita akan lihat orang akan berbondong-bondong keluar dari Islam, maksiat akan tersebar, yang bathil akan masuk, manusia mula merosak, keamanan dan ketenteraman akan hilang, doa tidak akan didengar, pertolongan Allah tidak akan datang, yang turun adalah azab dari Allah, kuasa pemimpin akan digulingkan semula dan islam akan dihinakan dimana-mana. Ketika ini maka Allah akan datangkan berbagai macam bencana dan musibah kepada ummat manusia.

Cuba kita fikirkan, tanpa Usaha pemurnian ,secara tiba2 Pemimpin menjalankan Hudud asbab kemenangan politik dalam Cara Demokrasi,

Sememangnya Hudud akan terlaksana, namun hakikatnya.... Memang manusia akan berhenti bermaksiat dimerata tempat, namun Maksiat akan Terlaksana Sembunyi2 di rumah, memang org tidak akan buka disco di luar tapi mereka akan membuat disko diRumah masing2,...ini kerana, Takut mereka Bukan pada Allah, tapi takut mereka pada Pemimpin & penguasa ,mereka tidak akan faham apa itu kebaikan & tidak mengerti Allah maha mendengar, sebaliknya sentiasa mencari jalan2 tersembunyi untuk menbenarkan perbuatnanya.,, maka pengingkaran ini sebenarnya lebih bahaya & hati menjadi gelap, malah mereka bertuhankan PEMIMPIN.

maka inilah yg dimaksudkan tentang keutamaan Dakwah & Pemurnian Rakyat.


Sunnah Nabi sesuai diamalkan bila-bila masa sampai kiamat, tanpa ada had. Hanya orang yang jahil dan tiada fikir agama sahaja yang kata sunnah Nabi hanya sesuai pada zaman unta. Berhati-hati jika pemikiran ini ada dalam kepala otak anda. Takut-takut otak anda menggelegak dibakar api neraka.

“Apabila umatku berbangga-bangga dengan dunia, diangkat kehebatan Islam daripada mereka. Apabila umat aku meninggalkan amar makruf nahi mungkar, diangkat daripada mereka keberkatan wahyu. Apabila umat aku caci-mencaci sesama mereka, maka akan terhindarlah mereka daripada rahmat Allah.” (mafhum hadis)

Ketiga-tiga larangan (mafhum hadis) di atas telah dilanggar!

1. Hari ini, ramai yang yakin dengan kuasa, ekonomi dan sosial. Kononnya, dengan menguasai politik dan ekonomi, umat Islam akan maju. Namun sebaliknya yang berlaku. Sibuk kejar duit, akhirnya jadi hamba duit. Orang kafir kejar dunia, kita pun sama-sama kejar mengejar sampai lupa tujuan sebenar.

2. Orang yang tidak buat dakwah atau mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, dia tidak akan faham isi al-Quran. Apa yang dia tahu, menggunakan al-Quran untuk tujuan dunianya sahaja. Apabila hendak lariskan barang, guna ayat Quran. Hendak tarik orang meraih skongan, guna ayat Quran. Al-Quran digunakan mengikut kesesuaian keadaan masing2, diguna tanpa diamal. Istighfar.

3. Dalam politik caci-mencaci sudah menjadi perkara biasa. Hendak dikatakan apa lagi? Semua berasa di pihak yang betul. Sanggup mengumpat (makan daging) saudara sendiri. Sanggup melemparkan fitnah. Macam mana kita hendak mengharapkan rahmat Allah?


Ingatlah,
Islam ini terdiri daripada perkara pokok yang berteraskan IMANIAT, IBADAT, MUAMALAT, MUASYARAT dan AKHLAK. Siasah, jinayat, munakahat pula hanyalah satu ranting daripada cabang MUASYARAT (Kemasyarakatan). Janganlah kita hanya berusaha mencantikkan ranting itu dengan mencantas-cantasnya sahaja tanpa kita sedar, akar pokok kita sudah lama tidak disirami baja dan air. Entah-entah, akarnya sudah reput dimakan anai-anai (syaitan, nafsu, musuh).
Jangan pula kita cuma tahu ‘membonzaikan’,menuntut satu ranting sahaja sehingga kita terlupa kepada akhlak kita yang semakin buruk kerana sudah banyak mencaci atau memandang buruk kepada orang lain yang tidak sehaluan dengan kita. Bahkan, kita sanggup ‘memuliakan’ orang kafir dan ‘melaknat’ orang yang seagama, hanya kerana orang kafir itu sokong kita dan orang seagama itu berada di pihak lawan. Semakin jelas, inilah perangkap DEMOKRASI yang manusia agung-agungkan. Konon-kononnya, inilah jalan terbaik hendak menegakkan Islam. Mana mungkin Islam tertegak dengan cara yang kotor dan menjijikkan. Lainlah kalau ada pihak yang kata, Imam Mahdi akan lahir daripada kalangan ahli politik dan main politik. No comment.

Kesimpulan

1. Hendak main politik boleh, tapi kena jaga iman. Jangan yakin dengan kuasa sebab kuasa tiada apa-apa. Ada kuasa pun belum tentu boleh buat apa-apa jika usaha untuk mengislahkan diri sendiri dan masyarakat tidak dijalankan.

2. Hendak main politik boleh, tapi sila penuhkan masjid dengan solat berjemaah. Bangun malam solat tahajud minta doa pada Allah. Bukan sekadar tahu berjaga malam untuk gantung banner atau pacak bendera.

3. Hendak main politik boleh, tapi kena jaga hubungan kemasyarakatan. Jangan terbawa-bawa ideologi politik sampai tidak bertegur sapa. Sehinggakan anak hendak kahwin pun dilarang sebab mentua parti lain.

4. Hendak main politik boleh, tapi kena jaga akhlak.Saling Berburuk Sangka, Salah menyalahkan, aib-mengaibkan, saling Menjauhi, prejudis & Sinis, Caci mencaci, fitnah memfitnah, umpat mengumpat yg mana bukanlah bukan akhlak orang Islam & Nabi xpernah mengajurkan kaedah begini. Orang bukan Islam tengok, mereka akan kata, “Inikah Islam?” Jawablah sendiri.