Saturday 24 November 2012

Muhasabah Umat : Asbab Penyerahan Kunci Al-Quds


Assalmualaikum, Sekali lagi & berkali2 Rejim Zionis telah mencabuli Perjanjian Gencatan senjata kerjaan baru Mesir.... Hati siapa yg tidak marah dgn Setiap Peristiwa Penghinaan & kekejaman saudara2 Seislam kita, tambahan pula AL-Quds adalah tempat yg Suci Bagi 3 agama (Majusi, Nasrani & Muslim), sesiapa yg menawan AL-Quds mereka Kaum yg menakluki Dunia.... Seimbas kembali kita lihat keadaan Umat islam hari ini siap dgn Kemarahan & penzahiran masing2 mengutuk perbuatan Zionis berkaitan isu Umat ini. Seimbas kembali daku cuba memahami situasi & keadaan yg menjadi Asbab Penghinaan ini, adakah sudah tidak ada doa yg dimakbulkan Allah?? adakah tidak ada seorg pun yg didengari doanya?? Adakah Hadis "Doa adalah senjata Mukmin" itu hadis palsu?? soalan terus berputar di segenap minda untukku cuba memahami masalah ini, maka ku belek semula kisah2 terdahulu untuk sama kita ambil Iktibar & pengajaran berkenaan Penaklukan Kota Al-Quds .




Kisah Saidina Umar menawan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis)

Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang umat Islam untuk menawan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis) terbuka luas....

Patriarch Sophronius, seorang Bishop memberikan syarat supaya Khalifah Islam ketika itu, Umar ibn Al-Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Jerusalem dan memberi jaminan keselamatan.

Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan akan melakukan serangan terhadap Kota Baitul Maqdis sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom melakukannya.... tapi ternyata jangkaan mereka silap.

Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat disitu.... Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar Al-Khattab menuju ke Kota Jerusalem.

Di saat itulah kisah hebat pembukaan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis) yang dilakukan Khalifah Umar Al-Khattab bermula....

Khalifah Umar Al-Khattab pergi ke Baitul Maqdis dengan tidak diiringi oleh pasukan ketenteraan,...dan tidak juga mengenakan pakaian yang mewah - mewah untuk melambangkan kehebatan kerajaannya.... beliau datang dengan hanya menaiki seekor unta, dan ditemani oleh seorang khadamnya sahaja. ...dan Perjalanan Umar dan khadamnya dari Kota Madinah ke Kota Al-Quds, hanya berbekalkan air, roti dan kurma.

Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta.... Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya akan berjalan sambil memegang pedati unta tersebut.... Manakala jika giliran khadamnya yang menaiki unta, Umar pula yang akan berjalan sambil memegang pedati unta itu.... Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat.... Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga mereka sampai ke Kota Al-Quds.

Sebelum mereka sampai ke Kota Al-Quds, Umar telah melalui khemah tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah di Jabiya.... Abu Ubaidah bin Jarrah merupakan salah seorang Sahabat Nabi yang termasuk dalam senarai 10 orang yang telah dijanjikan syurga..... Turut bersama Abu Ubaidah ketika itu ialah Khaled Al-Waled.

Apabila tentera-tentera Islam menyedari kedatangan Khalifah Umar Al-Khattab, mereka menyambutnya dengan penuh rasa penghormatan.... Ketika itu giliran Umar berjalan kaki dan memegang pedati unta sementara khadamnya menunggang.... Berkali-kali khadamnya meminta agar Umar berada di atas unta sebelum sampai ke perkhemahan tentera,... tetapi hal itu ditolak oleh Umar kerana kerendahan hati dan ketinggian budinya.

Melihat keadaan kaki Khalifah Umar yang sudah pecah-pecah dan diselaputi debu-debu tanah dan luka kerana perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik memberi cadangan kepada Umar untuk mengapitnya sehingga ke pintu Kota Al-Quds, “ Wahai Amiral Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan... Mereka (penduduk Al-Quds) tentu akan kagum melihat kemegahan kamu sebagai seorang Khalifah ”...

Tiba-tiba Umar Al-Khattab merenung Abu Ubaidah,... dengan wajah yang sangat kecewa atas apa yang diucapnya lalu keluarlah kata-kata Umar yang mahsyur kepada Abu Ubaidah, "Demi Allah..... Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah nescaya aku akan menghukummu sebagai pengajaran buat umat ini !.... Sesungguhnya kita semua ini adalah hina, lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah".

Khalifah Umar menolak cadangan Abu Ubaidah dan tidak memanjangkan dialog bersamanya.... Umar bersama khadamnya terus berlalu pergi meninggalkan perkhemahan tentera Islam di Jabiya (Satu kawasan di luar Kota Baitul Maqdis).

Mereka masih bergilir-gilir menaiki unta sambil menghabiskan bacaan surah Yassin.... Apabila Kota Al-Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus kekal menaiki unta, sementara dia yang akan memegang pedati unta yang dinaiki Umar.... Tetapi Umar tegas melarang dan mengarahkan pembantunya agar terus mengikut tempoh giliran yang ditetapkan.... Kebetulan, apabila jarak mereka berdua hampir tiba ke pintu gerbang Kota Al-Quds, waktu itu giliran Umar memegang tali pedati unta tersebut.

Berkerumun tentera-tentera Rom dan rakyat Al-Quds yang beragama Nasrani memenuhi jalan-jalan.... Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah peradaban dunia.... Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan datang membawa bala tentera, panji-panji di-raja dan sebagainya.... Tetapi Umar datang dengan baju kasar yang lusuh dan berdebu, manakala kedua-dua kakinya juga berdebu.

Umar berhenti apabila sampai di gerbang Dimashq,... salah satu pintu masuk ke Kota Al-Quds.... Kemudian beliau terus berjalan meninggalkan unta dan khadamnya di situ,...

Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat ketibaan Khalifah Umar.... Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi dan namanya....ternyata mereka terpedaya dengan sangkaan-sangkaan buruk mengenai Umar,... sebaliknya Khalifah Umar hanya ditemani oleh seorang khadam setibanya di Jerusalem.... Lebih mengharukan, mereka melihat Khalifah Umar yang menarik tali pedati yang ditunggang khadamnya.... Mereka merasakan perbezaan yang jelas antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini.

Seluruh rakyat Al-Quds dan pembesar-pembesar di Jerusalem memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berkata, " Angkat kepala kamu... sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Allah".

Patriarch Sophronius bersama bishop-bishop lain memakai pakaian yang mewah-mewah bergemerlapan,... sedangkan orang yang ingin diberikan penghormatan, hanya memakai pakaian seperti rakyat biasa.... Sophronius malu melihat penampilah Khalifah yang sungguh sederhana,.... dalam hatinya berkata, ” Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas ”.

Saat Sophronius teruja dan menitiskan air mata melihat kesederhanaan Umar, dia teringat akan tanda-tanda pemilik sebenar Kota Al-Quds sebagaimana yang disebut di dalam Kitab Injil.... Sophronius menghampiri Khalifah Umar sambil di tangannya memegang kunci Kota Al-Quds.... Kemudian Sophronius berkata kepada Umar, “ Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan padanya kunci kota Al Quds ini,... pasti akan memiliki tiga tanda... Petanda-petanda tersebut jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.

“ Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya.... Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua kakinya diselaputi debu-debu tanah (lumpur).... Ketiga, orang itu datang dalam keadaan bajunya penuh dengan tampalan ".

Setelah Sophronius melihat tanda-tanda tersebut ada pada Khalifah Umar Al- Khattab, dia kemudian meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang ada pada baju yang dipakainya.... Ada 17 jahitan yang menampal pada baju Umar,.... dengan perasaan penuh debaran dan ta’ajub Sophronius berkata, " Inilah tanda yang ketiga, ya Tuhan.... Tidak diberikan kunci-kunci Kota al Quds ini kecuali kepada seorang pemimpin yang memiliki tiga tanda keagungan di mana tanda-tanda inilah yang paling unggul dalam lembaran sejarah dan tidak ternilai harganya (seperti yang disebut di dalam Injil), pertama, Khadamnya yang menunggang kenderaan... kedua Calitan debu-debu tanah.... dan ketiga,... Tampalan pada bajunya ".

Menurut Sophronius, tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh Umar adalah kerajaan yang akan relevan sepanjang zaman,.. Kemudian dia menambah lagi, " Aku tidak sedih untuk memberikan kunci ini kepada Umar dan kerajaannya "

Khalifah Umar kemudian menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari Sophronius.... Khalifah Umar mengikat jaminan keselamatan dan keamanan dengan penganut Kristian yang akan tetap tinggal di Jerusalem.

Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian perdamaian, Khalifah Umar dibawa berjalan-jalan disekitar bandar Al-Quds sehinggalah tiba waktu solat,... Bishop Sophronius mempelawa Saidina Umar untuk melaksanakannya di Holy Sepulchure - Gereja Al-Qiamah (maqam suci Jesus yang didakwa oleh penganut Kristian).... Tetapi ajakan itu ditolak, kerana Umar khuatir perbuatan tersebut akan menjadi hujjah generasi Islam selepasnya untuk mengubah gereja menjadi masjid.

Saidina Umar kemudiannya meninjau sekitar kawasan Gereja Al-Qiamah dan berjalan keluar menuju ke selatan, lalu beliau melakukan solat di tempat perhentiannya.... Kawasan tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar.

Genap 10 hari,.. Khalifah Umar bersama tentera-tentera Islam memasuki Kota Al-Quds dengan aman.... Kejayaan tersebut diraikan dengan menunaikan qiyam dan doa kesyukuran kepada Allah SWT... Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis... Lalu salah seorang bertanya kepada Umar, ” Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini ?”

“ Benar, aku menangisi kemenangan ini.... dan aku teringat Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda…”

"Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kamu. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada diri kamu semua, sebagaimana yang diperolehi oleh orang-orang sebelum kamu. Lalu kamu semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kamu seperti mereka dibinasakan (kerana kelalaian terhadap dunia)".

Cubalah kita bandingkan Peristiwa ini ,bagaimana Kejayaan Umat terdahulu menakluki Kota Al-Quds dlm keadaan Iman yg Cukup SEMPURNA dan Selayaknyalah ALLAH meninggikan darjat Mereka sebagaimana ALLAH BERTANGGUNJAWAB keatas Kemenangan Orang2 yg Beriman, penulisan ini sendiri menyentak hati & perasaanku seolah menyindir diri sendiri, Sungguh Kejayaan yg Umar bawa Adalah demi mengejar Iman yg sempurna & Sedikit pun tidak terpedaya dgn Kejayaannya Menakluki Dunia. Sukar untukku fahami.

Tuesday 13 November 2012

Sabar & Solat

Mintalah Pertolongan Dengan Sabar Dan Solat

Suatu hari persedian makanan dirumah Ali bin Abi Thalib habis .Tidak ada gandum atau roti atau kurma yang dapat mereka makan, kecuali hanya air minum saja.Sementara Ali r.a sedang keluar dalam waktu yang cukup lama untuk suatu keperluan. Fatimah Az Zahra sedih kerana tiada yang boleh ia suguhkan untuk menyambut kedatangan suaminya. Tiba Ali r.a datang dan mengucapkan salam dan menanyakan, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “tidak ada sesuatupun yang dapat kita makan kecuali air minum saja yang tersedia”.

Ali r.a segera keluar rumah dan menuju masjid. Kemudian wudhu dan melakukan solat sunnat, setelah salam berdoa sejenak dan pulang ke rumah. Dan bertanya kepada Fatimah Az Zahra, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “tidak ada sesuatu pun yang dapat kita makan kecuali air minum saja yang tersedia”.



Setelah itu Ali keluar rumah dan menuju masjid lagi. Kembali menyempurnakan wudhunya dan sholat sunnah, setelah salam berdoa sejenak dan pulang ke rumah. Dan bertanya kepada Fatimah Az Zahra, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “tidak ada sesuatupun yang dapat kita makan kecuali air minum saja yang tersedia”.

Mendengar jawaban itu Ali r.a kembali keluar rumah dan menuju ke masjid. Kembali ia menyempurnakan wudhunya dan solat sunnah, setelah salam berdoa sejenak dan pulang ke rumah. Dan bertanya kepada Fatimah Az Zahra, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “Sesungguhnya gilingan gandum yang telah lama tidak terpakai itu telah berputar dan menghasilkan tepung yang boleh kita buat roti, bersyukurlah wahai suamiku kerana Allah telah membuka khazanahnya didepan mata kita.”

Kemudian mereka menunggu gilingan gandum itu berputar dan terus menerus menghasilkan tepung. Semakin lama semakin banyak dan tempat menyimpan tepung sudah tidak mencukupi. Maka Ali r.a membuka penutup gilingan gandum itu, sejenak kemudian gilingan gandum itu berhenti berputar. Mereka kemudian membuat roti untuk dimakan sebagai keperluan sehari hari mereka.

Hal ini disampaikan kepada Rasulullah SAW dan bersabda : “Wahai Ali andaikan kamu tidak membuka penutup gilingan gandum itu, gilingan itu akan mengeluarkan tepung sampai hari kiamat”.

Ketika Ali ra belum mendapatkan makanan. Ali ra menyalahkan dirinya sendiri. Yang salah ini solat saya mungkin wudhu’ kurang sempurna. Bukan menyalahkan solatnya. Kalau kita hari ini solat belum boleh mendapat pertolongan Allah SWT. Yang salah itu solat kita, perbaiki lagi dan lagi.



Kalau kita ada kereta dan tiba-tiba rosak sedangkan tujuan kita masih jauh.Lebih baik saya tinggalkan saja kereta ni, saya naik kendaraan lain saja. Maka yang SENANG HATI ITU SI PENCURI “Baguslah kau tinggalkan” katanya dalam hati. Periksa dulu mungkin Petrolnya habis atau ada kabelnya yang longgar.

Kalau kita solat belum boleh mendapat pertolongan Allah SWT kemudian kita tinggalkan. Maka yang SENANG INI SYAITAN “Baguslah kamu tak solat”. Periksa lagi solat kita, mungkin wudhu’nya kurang sempurna atau bacaannya.

Untuk mendapat gelar Sarjana Muda kita berkorban 6 tahun Sekolah rendah, 5 tahun Sekolah menengah, 1 tahun sijil dan 4 tahun kuliah. 16 tahun belajar mengorbankan wang puluhan ribu dan menghabiskan waktu yang panjang. Adakah jaminan misalnya dari presiden kalau kamu sarjana dapat rm 3000 sebulan?? . Atau jaminan dari yang lain. Tidak ada kan??? tapi ada keyakinan dalam diri kita kalau saya sarjana akan mudah bekerja.

Untuk mendapatkan solat yang dapat menarik pertolongan Allah SWT juga perlu latihan bukan 16 tahun dan menghabiskan wang yang banyak.

“Untuk menyelesaikan masalah dunia saja tidak boleh bagaimana solat kita boleh menyelesaikan masalah akhirat…?”

Allah SWT berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. (QS. Al Baqarah 153)

Allah SWT berfirman : “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'”. (QS. Al Baqarah 45)

Ini jaminan Allah SWT