Saturday 24 November 2012

Muhasabah Umat : Asbab Penyerahan Kunci Al-Quds


Assalmualaikum, Sekali lagi & berkali2 Rejim Zionis telah mencabuli Perjanjian Gencatan senjata kerjaan baru Mesir.... Hati siapa yg tidak marah dgn Setiap Peristiwa Penghinaan & kekejaman saudara2 Seislam kita, tambahan pula AL-Quds adalah tempat yg Suci Bagi 3 agama (Majusi, Nasrani & Muslim), sesiapa yg menawan AL-Quds mereka Kaum yg menakluki Dunia.... Seimbas kembali kita lihat keadaan Umat islam hari ini siap dgn Kemarahan & penzahiran masing2 mengutuk perbuatan Zionis berkaitan isu Umat ini. Seimbas kembali daku cuba memahami situasi & keadaan yg menjadi Asbab Penghinaan ini, adakah sudah tidak ada doa yg dimakbulkan Allah?? adakah tidak ada seorg pun yg didengari doanya?? Adakah Hadis "Doa adalah senjata Mukmin" itu hadis palsu?? soalan terus berputar di segenap minda untukku cuba memahami masalah ini, maka ku belek semula kisah2 terdahulu untuk sama kita ambil Iktibar & pengajaran berkenaan Penaklukan Kota Al-Quds .




Kisah Saidina Umar menawan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis)

Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang umat Islam untuk menawan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis) terbuka luas....

Patriarch Sophronius, seorang Bishop memberikan syarat supaya Khalifah Islam ketika itu, Umar ibn Al-Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Jerusalem dan memberi jaminan keselamatan.

Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan akan melakukan serangan terhadap Kota Baitul Maqdis sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom melakukannya.... tapi ternyata jangkaan mereka silap.

Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat disitu.... Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar Al-Khattab menuju ke Kota Jerusalem.

Di saat itulah kisah hebat pembukaan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis) yang dilakukan Khalifah Umar Al-Khattab bermula....

Khalifah Umar Al-Khattab pergi ke Baitul Maqdis dengan tidak diiringi oleh pasukan ketenteraan,...dan tidak juga mengenakan pakaian yang mewah - mewah untuk melambangkan kehebatan kerajaannya.... beliau datang dengan hanya menaiki seekor unta, dan ditemani oleh seorang khadamnya sahaja. ...dan Perjalanan Umar dan khadamnya dari Kota Madinah ke Kota Al-Quds, hanya berbekalkan air, roti dan kurma.

Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta.... Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya akan berjalan sambil memegang pedati unta tersebut.... Manakala jika giliran khadamnya yang menaiki unta, Umar pula yang akan berjalan sambil memegang pedati unta itu.... Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat.... Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga mereka sampai ke Kota Al-Quds.

Sebelum mereka sampai ke Kota Al-Quds, Umar telah melalui khemah tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah di Jabiya.... Abu Ubaidah bin Jarrah merupakan salah seorang Sahabat Nabi yang termasuk dalam senarai 10 orang yang telah dijanjikan syurga..... Turut bersama Abu Ubaidah ketika itu ialah Khaled Al-Waled.

Apabila tentera-tentera Islam menyedari kedatangan Khalifah Umar Al-Khattab, mereka menyambutnya dengan penuh rasa penghormatan.... Ketika itu giliran Umar berjalan kaki dan memegang pedati unta sementara khadamnya menunggang.... Berkali-kali khadamnya meminta agar Umar berada di atas unta sebelum sampai ke perkhemahan tentera,... tetapi hal itu ditolak oleh Umar kerana kerendahan hati dan ketinggian budinya.

Melihat keadaan kaki Khalifah Umar yang sudah pecah-pecah dan diselaputi debu-debu tanah dan luka kerana perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik memberi cadangan kepada Umar untuk mengapitnya sehingga ke pintu Kota Al-Quds, “ Wahai Amiral Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan... Mereka (penduduk Al-Quds) tentu akan kagum melihat kemegahan kamu sebagai seorang Khalifah ”...

Tiba-tiba Umar Al-Khattab merenung Abu Ubaidah,... dengan wajah yang sangat kecewa atas apa yang diucapnya lalu keluarlah kata-kata Umar yang mahsyur kepada Abu Ubaidah, "Demi Allah..... Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah nescaya aku akan menghukummu sebagai pengajaran buat umat ini !.... Sesungguhnya kita semua ini adalah hina, lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah".

Khalifah Umar menolak cadangan Abu Ubaidah dan tidak memanjangkan dialog bersamanya.... Umar bersama khadamnya terus berlalu pergi meninggalkan perkhemahan tentera Islam di Jabiya (Satu kawasan di luar Kota Baitul Maqdis).

Mereka masih bergilir-gilir menaiki unta sambil menghabiskan bacaan surah Yassin.... Apabila Kota Al-Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus kekal menaiki unta, sementara dia yang akan memegang pedati unta yang dinaiki Umar.... Tetapi Umar tegas melarang dan mengarahkan pembantunya agar terus mengikut tempoh giliran yang ditetapkan.... Kebetulan, apabila jarak mereka berdua hampir tiba ke pintu gerbang Kota Al-Quds, waktu itu giliran Umar memegang tali pedati unta tersebut.

Berkerumun tentera-tentera Rom dan rakyat Al-Quds yang beragama Nasrani memenuhi jalan-jalan.... Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah peradaban dunia.... Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan datang membawa bala tentera, panji-panji di-raja dan sebagainya.... Tetapi Umar datang dengan baju kasar yang lusuh dan berdebu, manakala kedua-dua kakinya juga berdebu.

Umar berhenti apabila sampai di gerbang Dimashq,... salah satu pintu masuk ke Kota Al-Quds.... Kemudian beliau terus berjalan meninggalkan unta dan khadamnya di situ,...

Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat ketibaan Khalifah Umar.... Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi dan namanya....ternyata mereka terpedaya dengan sangkaan-sangkaan buruk mengenai Umar,... sebaliknya Khalifah Umar hanya ditemani oleh seorang khadam setibanya di Jerusalem.... Lebih mengharukan, mereka melihat Khalifah Umar yang menarik tali pedati yang ditunggang khadamnya.... Mereka merasakan perbezaan yang jelas antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini.

Seluruh rakyat Al-Quds dan pembesar-pembesar di Jerusalem memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berkata, " Angkat kepala kamu... sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Allah".

Patriarch Sophronius bersama bishop-bishop lain memakai pakaian yang mewah-mewah bergemerlapan,... sedangkan orang yang ingin diberikan penghormatan, hanya memakai pakaian seperti rakyat biasa.... Sophronius malu melihat penampilah Khalifah yang sungguh sederhana,.... dalam hatinya berkata, ” Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas ”.

Saat Sophronius teruja dan menitiskan air mata melihat kesederhanaan Umar, dia teringat akan tanda-tanda pemilik sebenar Kota Al-Quds sebagaimana yang disebut di dalam Kitab Injil.... Sophronius menghampiri Khalifah Umar sambil di tangannya memegang kunci Kota Al-Quds.... Kemudian Sophronius berkata kepada Umar, “ Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan padanya kunci kota Al Quds ini,... pasti akan memiliki tiga tanda... Petanda-petanda tersebut jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.

“ Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya.... Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua kakinya diselaputi debu-debu tanah (lumpur).... Ketiga, orang itu datang dalam keadaan bajunya penuh dengan tampalan ".

Setelah Sophronius melihat tanda-tanda tersebut ada pada Khalifah Umar Al- Khattab, dia kemudian meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang ada pada baju yang dipakainya.... Ada 17 jahitan yang menampal pada baju Umar,.... dengan perasaan penuh debaran dan ta’ajub Sophronius berkata, " Inilah tanda yang ketiga, ya Tuhan.... Tidak diberikan kunci-kunci Kota al Quds ini kecuali kepada seorang pemimpin yang memiliki tiga tanda keagungan di mana tanda-tanda inilah yang paling unggul dalam lembaran sejarah dan tidak ternilai harganya (seperti yang disebut di dalam Injil), pertama, Khadamnya yang menunggang kenderaan... kedua Calitan debu-debu tanah.... dan ketiga,... Tampalan pada bajunya ".

Menurut Sophronius, tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh Umar adalah kerajaan yang akan relevan sepanjang zaman,.. Kemudian dia menambah lagi, " Aku tidak sedih untuk memberikan kunci ini kepada Umar dan kerajaannya "

Khalifah Umar kemudian menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari Sophronius.... Khalifah Umar mengikat jaminan keselamatan dan keamanan dengan penganut Kristian yang akan tetap tinggal di Jerusalem.

Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian perdamaian, Khalifah Umar dibawa berjalan-jalan disekitar bandar Al-Quds sehinggalah tiba waktu solat,... Bishop Sophronius mempelawa Saidina Umar untuk melaksanakannya di Holy Sepulchure - Gereja Al-Qiamah (maqam suci Jesus yang didakwa oleh penganut Kristian).... Tetapi ajakan itu ditolak, kerana Umar khuatir perbuatan tersebut akan menjadi hujjah generasi Islam selepasnya untuk mengubah gereja menjadi masjid.

Saidina Umar kemudiannya meninjau sekitar kawasan Gereja Al-Qiamah dan berjalan keluar menuju ke selatan, lalu beliau melakukan solat di tempat perhentiannya.... Kawasan tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar.

Genap 10 hari,.. Khalifah Umar bersama tentera-tentera Islam memasuki Kota Al-Quds dengan aman.... Kejayaan tersebut diraikan dengan menunaikan qiyam dan doa kesyukuran kepada Allah SWT... Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis... Lalu salah seorang bertanya kepada Umar, ” Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini ?”

“ Benar, aku menangisi kemenangan ini.... dan aku teringat Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda…”

"Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kamu. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada diri kamu semua, sebagaimana yang diperolehi oleh orang-orang sebelum kamu. Lalu kamu semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kamu seperti mereka dibinasakan (kerana kelalaian terhadap dunia)".

Cubalah kita bandingkan Peristiwa ini ,bagaimana Kejayaan Umat terdahulu menakluki Kota Al-Quds dlm keadaan Iman yg Cukup SEMPURNA dan Selayaknyalah ALLAH meninggikan darjat Mereka sebagaimana ALLAH BERTANGGUNJAWAB keatas Kemenangan Orang2 yg Beriman, penulisan ini sendiri menyentak hati & perasaanku seolah menyindir diri sendiri, Sungguh Kejayaan yg Umar bawa Adalah demi mengejar Iman yg sempurna & Sedikit pun tidak terpedaya dgn Kejayaannya Menakluki Dunia. Sukar untukku fahami.

Tuesday 13 November 2012

Sabar & Solat

Mintalah Pertolongan Dengan Sabar Dan Solat

Suatu hari persedian makanan dirumah Ali bin Abi Thalib habis .Tidak ada gandum atau roti atau kurma yang dapat mereka makan, kecuali hanya air minum saja.Sementara Ali r.a sedang keluar dalam waktu yang cukup lama untuk suatu keperluan. Fatimah Az Zahra sedih kerana tiada yang boleh ia suguhkan untuk menyambut kedatangan suaminya. Tiba Ali r.a datang dan mengucapkan salam dan menanyakan, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “tidak ada sesuatupun yang dapat kita makan kecuali air minum saja yang tersedia”.

Ali r.a segera keluar rumah dan menuju masjid. Kemudian wudhu dan melakukan solat sunnat, setelah salam berdoa sejenak dan pulang ke rumah. Dan bertanya kepada Fatimah Az Zahra, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “tidak ada sesuatu pun yang dapat kita makan kecuali air minum saja yang tersedia”.



Setelah itu Ali keluar rumah dan menuju masjid lagi. Kembali menyempurnakan wudhunya dan sholat sunnah, setelah salam berdoa sejenak dan pulang ke rumah. Dan bertanya kepada Fatimah Az Zahra, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “tidak ada sesuatupun yang dapat kita makan kecuali air minum saja yang tersedia”.

Mendengar jawaban itu Ali r.a kembali keluar rumah dan menuju ke masjid. Kembali ia menyempurnakan wudhunya dan solat sunnah, setelah salam berdoa sejenak dan pulang ke rumah. Dan bertanya kepada Fatimah Az Zahra, “Wahai istriku apakah ada sesuatu yang boleh kita makan hari ini ?”. Fatimah r.a menjawab, “Sesungguhnya gilingan gandum yang telah lama tidak terpakai itu telah berputar dan menghasilkan tepung yang boleh kita buat roti, bersyukurlah wahai suamiku kerana Allah telah membuka khazanahnya didepan mata kita.”

Kemudian mereka menunggu gilingan gandum itu berputar dan terus menerus menghasilkan tepung. Semakin lama semakin banyak dan tempat menyimpan tepung sudah tidak mencukupi. Maka Ali r.a membuka penutup gilingan gandum itu, sejenak kemudian gilingan gandum itu berhenti berputar. Mereka kemudian membuat roti untuk dimakan sebagai keperluan sehari hari mereka.

Hal ini disampaikan kepada Rasulullah SAW dan bersabda : “Wahai Ali andaikan kamu tidak membuka penutup gilingan gandum itu, gilingan itu akan mengeluarkan tepung sampai hari kiamat”.

Ketika Ali ra belum mendapatkan makanan. Ali ra menyalahkan dirinya sendiri. Yang salah ini solat saya mungkin wudhu’ kurang sempurna. Bukan menyalahkan solatnya. Kalau kita hari ini solat belum boleh mendapat pertolongan Allah SWT. Yang salah itu solat kita, perbaiki lagi dan lagi.



Kalau kita ada kereta dan tiba-tiba rosak sedangkan tujuan kita masih jauh.Lebih baik saya tinggalkan saja kereta ni, saya naik kendaraan lain saja. Maka yang SENANG HATI ITU SI PENCURI “Baguslah kau tinggalkan” katanya dalam hati. Periksa dulu mungkin Petrolnya habis atau ada kabelnya yang longgar.

Kalau kita solat belum boleh mendapat pertolongan Allah SWT kemudian kita tinggalkan. Maka yang SENANG INI SYAITAN “Baguslah kamu tak solat”. Periksa lagi solat kita, mungkin wudhu’nya kurang sempurna atau bacaannya.

Untuk mendapat gelar Sarjana Muda kita berkorban 6 tahun Sekolah rendah, 5 tahun Sekolah menengah, 1 tahun sijil dan 4 tahun kuliah. 16 tahun belajar mengorbankan wang puluhan ribu dan menghabiskan waktu yang panjang. Adakah jaminan misalnya dari presiden kalau kamu sarjana dapat rm 3000 sebulan?? . Atau jaminan dari yang lain. Tidak ada kan??? tapi ada keyakinan dalam diri kita kalau saya sarjana akan mudah bekerja.

Untuk mendapatkan solat yang dapat menarik pertolongan Allah SWT juga perlu latihan bukan 16 tahun dan menghabiskan wang yang banyak.

“Untuk menyelesaikan masalah dunia saja tidak boleh bagaimana solat kita boleh menyelesaikan masalah akhirat…?”

Allah SWT berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. (QS. Al Baqarah 153)

Allah SWT berfirman : “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'”. (QS. Al Baqarah 45)

Ini jaminan Allah SWT

Tuesday 26 June 2012

Luangkan masamu untukKU

Duhai Hati, engkau pemilik perbuatanku..

Nabiku (SAW) bersabda(mafhumnya):" didalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya, jika buruk daging itu maka buruklah seluruh anggotanya, yang dimaksudkan itulah HATI"

apalah erti kehidupan jika tidak mengenal fitrah diri,
apalah erti jasad jika tak mengenal penyakit hati,

aku juga punya niat untuk berjuang di medan tempur,
aku juga punya niat berjuang di medan Kerjaya,
aku juga punya niat ingin bahagia disamping keluarga,
namun bagaimana utk aku berjuang andai hati masih jelek penuh kebencian?,
namun bagaimana utk aku melangkah di medan pekerjaan jika hati masih ada kerakusan?
namun bagaimana utk aku berbahagia memimpin keluarga jika hati masih mudah terkesan?


Ya Allah, ajari aku mencintai Agamamu,
yg dengannya aku mencintai HambaMu,
Ajari aku membenci kemungkaranMu,
yg dgnnya ku membenci sesuatu hanya keranaMu,

telah ku luangkan masa ini demi kesenangan dunia 4 tahun dgn sokongan keluarga & rakan2
sekarang ku bawakan diri ntk belajar tidak berharap pada Makhluk,
tak mengharap pada sokongan & pandangan,
kerna aku tahu Allah itu Maha mengetahui,
Maha Pemegang segala hati,
Maha Pemberi Rezeki,
ku korbankan dgn susah payah untuk mencari kesenangan Sementara
yg mana belum pasti kesenangan itu pastiku tempuhi, padahal MATI itu jalan yg PASTI!

kini mengapa sukar untukku berkorban demi kesenangan ABADI?
....
ternyata hatiku masih diulit keselesaan Dunia!, selama ini aku berjuang demi kesenangan Dunia! ,aku mencari Asbab Keselesaan & Kemewahan !!

Sang mentari datang ku semaikan benih Iman,
Sang malam menerkam, ku sirami air mata penyesalan,
apa diharap pada rembulan jika rindu hanya menunggu,
apa dicari pada mentari jika takutkan bayang sendiri,
kini jelas Cinta itu hakiki,
namun hati membatu bergolek membawa diri,
saat ku melihat Hilangnya mentari, saat itu ku kenal indahnya cahaya rembulan,
saat ku merasa Agungnya diri, saat itu ku sedar hidupku dahagakan ketenangan,


Yakinlah duhai hati, Dunia ini Bangkai & yg diusahakan itu untuk merebut Bangkai!!
manusia bermusuhan demi Bangkai!,
dahulu ku usahakan atas Bangkai dgn niat agar hidupku nanti mencukupi & tak meminta2 ,smoga Allah redha dgn niatku,
Kini,Aku juga mahu belajar apa itu "keberkatan rezeki, ketenangan Abadi!"
Kenapa sukar ntk ku meyakini pada Janji Ilahi,
"Sesungguhnya kekuasaan dunia & Akhirat bagi org yg bertaqwa",
sebaliknya ku mencari Asbab kejayaan & kekuasaan dgn cara yg Hina.


hari ini ,ku serahkan diriku untukMU,
ku luangkan masa ini untukMU,
sesungguhnya aku ini mahar AgamaMU
Selamatkanlah diriku dari sekutu2,
perbetulkanlah niatku,

aku tahu pemergianku tiada siapa yg peduli,
perjalananku tiada wanita yg mengiringi,
perjuanganku tiada siapa yg mahu memahami,

namun,Demi tidak mengharap pada makhluk,
aku redhakan semuanya,kerna ku yakin
Allah yg Maha peduli,
Allah yg Maha mengiringi,
& hanya Allah yg Maha memahami...


kini ku pergi hanyalah pengorbanan perasaan,
perasaan ingin disuka,
perasaan ingin ditemani,
perasaan Bahagia bersama keluargaku cintai,
ku harapkan kesempatan Ramadhan ini & Ramadhan paling bermakna penuh berharga,
ku harapkan pemergian sementara ini sempat merubah jalan hidupku,
aku tahu membersihkan hati ibarat memberus gigi, perlu berterusan setiap hari.Sungguh pemergian ini demi mencari Kekuatan Agarku balik nanti dgn Seribu harapan berjuang dimedan keluarga ,saudara & dunia


Aku doakan sepanjang pemergianku,
semoga,
Allah mentarbiyah keluargaku,
Allah lembutkan hati saudara-mara ku,
Allah pelihara teman-temanku,
hari ini kita saling berpisah,
Esok pasti kita bertemu lagi,




Ya Allah, sepanjang kepergianku
Engkau peliharalah Pandanganku dari perhiasan dunia,
Peliharalah aurat-aurat wanita, tinggikanlah nilai mereka,
Engkau peliharalah pandanganku dari melihat keburukkan saudaraku,
agar lapang hatiku untuk bertemu,
Engkau peliharalah pendengaranku, lidahku ,kaki & tanganku,
Engkau peliharalah niatku,
Engkau peliharalah keluargaku,
Engkau murahkanlah rezeki-rezeki buat saudara2 se-islamku,
Engkau bantulah Hamba2Mu yg Dizolimi, kasihanilah Umat Ini,
Engkau sucikan hatiku sebagaimana sucinya hati para Anbiya a.s
Engkau tunjukkan kudratMu, kekuasaanMu,
Engkau tunjukkan HikmahMu & Ilmu-ilmuMu yg hanya ku dapati dari Jalan ini,
Engkau peliharalah Ummat ini, satukanlah kembali Ummat ini dengan Kalimah Tauhidmu,
Ya Allah, Datangkan kembali Keyakinan Ummat pada Kalimah LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH.. Yakinkan semula Ummat pada Sunnah Kekasihmu membawa kejayaan.
Kembalikan ummat ini pada jalan yang Tawajuh,
maka disitulah letaknya kekuatan Ummat,
Engkau tutuplah aib2 saudaraku,aib2 diriku,
Engkau tunjukkan kebaikan2 saudaraku,
Engkau tunjuklah kelemahan2 ttg diriku agar dptku memperbaiki,
Ya Allah, Apa yg Rasulullah SAW minta dijauhkan dari Ummat ini, maka itulah yg kami minta dijauhkan,
dan Apa yg Rasululllah SAW minta dikurniakan bagi Ummat ini, maka itulah yg kami minta dikurniakan.
Jauhkan diriku dari Angkuh, Ujub & Merendahkan saudaraku,
Sekiranya Engkau mengkehendaki kematian untukku, maka matikan aku dijalanMU,
sekiranya Engkau membangkitkan aku, bangkitkan diriku dgn niat yg betul hnya keranaMU,




-Tarbiyahlah diriku sebagaimana engkau mengajarkan sahabatMu (Ibrahim a.s)dlm mencari petunjukMu,

Dari Abu Darda’ r.a., ia berkata, “Saya telah mendengar Abul-Qasim saw. bersabda, ‘Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Hai ‘Isa, sesungguhnya Aku akan membangkitkan satu umat sesudahmu. Jika mereka mendapatkan apa yang mereka sukai, mereka memuji Allah. Dan jika ditimpa hal-hal yang tidak mereka inginkan, mereka mengharapkan pahala dan bersabar, padahal mereka bukan Penyantun dan tidak mempunyai ilmu tentang urusan itu. Maka ‘Isa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, lalu bagaimana boleh mereka bersikap demikian, padahal tidak mempunyai sifat penyantun dan ilmu?’ Allah swt. berfirman, Aku berikan mereka sifat santun-Ku dan ilmu-Ku.” (H.r. Hakim).


Sekian ,Assalamualaikum...smoga Allah merahmati kalian(Wahai Pembaca)...

(26 jun 2012- 10 Ogos 2012)
Sepanjang ketiadaanku disamping teman & kenalan,
sebarang masalah silalah merujuk no. hp ini (013-5435856, Ikhsan)




Sunday 24 June 2012

Suatu Tentang Aku, Hujah & Politik.

Saya secara umumnya Tidak memihak kepada mana-mana pihak secara membuta tuli bahkan sedia menjadi tali penyatu hati-hati mereka yang bersengketa. Antara kerajaan atau pembangkang, kedua-duanya ada kebaikan yang telah mereka curahkan kepada negara. Meskipun begitu, saya berhak untuk menjadi pengkritik kepada mana-mana pihak yang saya rasakan perlu untuk ditegur jika mereka melakukan kesilapan. Pada masa yang sama, saya mempunyai ideologi saya sendiri mengenai bagaimana membawa sesebuah negara itu ke arah yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.

Apakah ideologi itu?

Ramai orang berpendapat, jika sesebuah negara itu mempunyai pemimpin yang adil, mengamalkan Islam dalam pemerintahan, maka secara automatik, rakyatnya akan menjadi baik dan mengamalkan Islam. Pendapat saya pula, jika sesebuah negara itu mempunyai rakyat yang baik dan mengamalkan perintah Allah, maka pasti Allah akan datangkan kepada mereka seorang pemimpin yang adil atau menjadikan mereka penguasa di bumi.

Apakah hujah saya untuk mendokong ideologi itu?

Berdasarkan kepada ayat al-Quran, "Dan Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik. Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat". (QS An-Nur : 55-56)

Saya tidak layak untuk mentafsir ayat al-Quran. Anda bukalah sendiri tafsir dan bertanyalah kepada para ulama mengenai perbahasannya.

Cuma apa yang dapat saya katakan, Allah belum hantar kepada kita pemimpin yang adil atau memilih daripada kalangan kita penguasa yang dapat menguasai bumi kerana kurangnya amal soleh di kalangan kita. Lihatlah di masjid-masjid, berapa kerat yang datang solat berjemaah? Lihatlah di sekeliling kita, berapa ramai yang tidak menutup aurat. Ada banyak lagi penyakit-penyakit umat yang semuanya berpunca daripada iman yang sakit.


pertama, kita mendakwa Al-Quran & Sunnah adalah asas kehidupan kita & meyakini segala isi kandungannya adalah sempurna tanpa ditambah dgn pemikiran tersendiri meskipun diluar logik akal.Perintah Allah sama sekali tidak boleh ditafsirkan dengan akal! Allah tidak mengkehendaki Islam itu dianuti secara paksaan. Islam juga tidak berdiri dengan kekuatan ekonomi dan sosial. Akan tetapi, Islam itu masuk ke dalam hati Para Sahabat setelah berlakunya pengorbanan. Allah mahu semua umat Islam yakin bahawa kekuasaan mutlak hanya milik Allah. Allah tidak sedikit pun bergantung kepada mana-mana kuasa lain. Sesiapa yang yakin dengan kuasa, politik, sosial atau sebagainya, dia telah melakukan syirik kepada Allah.


Kedua, asbab keimanan dan penerimaan Islam oleh penduduk Madinah, maka Allah telah hantar Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin mereka. Maka, benarlah janji Allah, "Dan Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik. Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat". (QS An-Nur : 55-56)

"Tapi, itu zaman Nabi ... sekarang zaman moden. Zaman demokrasi, dunia tanpa sempadan. Mustahillah hendak dapat pemimpin yang adil pada masa sekarang."

Allah ialah Tuhan yang sama semenjak zaman Nabi Adam sampai hari kiamat. Sunnah Allah tidak berubah. Hanya kita yang mencari alasan. Bahkan tidak ada usaha ke arah itu kecuali segelintir mereka yang mengusahakannya. Jika kita sebagai rakyat memperbaiki amal soleh kita, beriman dengan sebenar-benar iman, memuliakan saudara seagama dan tidak caci-mencaci, Allah pasti akan pilih seorang pemimpin yang adil di kalangan kita atau sesiapa sahaja yang mahu hantar ke negara kita.
Benar kata orang bijak pandai, “Jika hendak mengubah dunia, ubahlah diri sendiri dahulu.” Imam Hasan Al-Banna juga sendiri pernah berkata(Mafhum)," jika ingin Islam tertegak ,maka tegakkan islam di setiap Hati kamu" Pemimpin yang zalim ialah natijah daripada perlakuan buruk kita sendiri. Sekumpulan perompak akan memilih perompak juga sebagai ketua mereka. Mustahil mereka melantik polis sebagai ketua kecuali polis itu seorang perompak seperti mereka juga. Hari ni org berilmu berkta sebuah negara Islam bermula dari institusi Kekeluargaan, maka hari ini bagaiman agama tertegak tanpa menegakkan agama di setiap hati Manusia yang akhirnya akan berkeluarga ,membiak & bertambah?

Jika kerja dakwah dikerjakan dengan maksimal, maka hasil dari kerja dakwah ini adalah :

Dakwah↑ – Iman↑ – Amal↑ – Ilmu↑ – Akhlaq↑ – Maksiat↓ – Ukhwah↑ – Perpecahan↓
:

Ketika Agama akan wujud, keberkahan akan turun dari langit dan dari bumi, ekonomi akan menjadi baik, orang akan lebih memilih hidup sederhana, sehingga harga barang akan turun, import akan berkurang, matawang akan menjadi kuat, harga akan stabil, inflasi dapat diatasi. Ketika ini kondisi umat akan membaik, yang batil akan lenyap, keamanan dan ketenteraman akan wujud, kebaikan akan meningkat, doa akan di dengar, pertolongan Allah akan turun, dan kejayaan umat Islam akan kembali.


Jika Dakwah xdiusahakan


Dakwah↓ – Iman↓ – Amal↓ – Ilmu↓ – Akhlaq↓ – Maksiat↑ – Ukhwah↓ – Perpecahan↑
:

Ketika ini Agama akan hancur, keberkahan akan Allah tercabut, keadaani umat akan memburuk, orang menjadi tidak bersyukur & banyak permintaan, permintaan akan barang meningkat, sehingga harga-harga akan naik, ekonomi akan berhempas pulas, beza antara yang kaya dan yang miskin akan sangat menonjol, kerosakan dimana-mana, kejahatan bermaharajalela. Kita akan lihat orang akan berbondong-bondong keluar dari Islam, maksiat akan tersebar, yang bathil akan masuk, manusia mula merosak, keamanan dan ketenteraman akan hilang, doa tidak akan didengar, pertolongan Allah tidak akan datang, yang turun adalah azab dari Allah, kuasa pemimpin akan digulingkan semula dan islam akan dihinakan dimana-mana. Ketika ini maka Allah akan datangkan berbagai macam bencana dan musibah kepada ummat manusia.

Cuba kita fikirkan, tanpa Usaha pemurnian ,secara tiba2 Pemimpin menjalankan Hudud asbab kemenangan politik dalam Cara Demokrasi,

Sememangnya Hudud akan terlaksana, namun hakikatnya.... Memang manusia akan berhenti bermaksiat dimerata tempat, namun Maksiat akan Terlaksana Sembunyi2 di rumah, memang org tidak akan buka disco di luar tapi mereka akan membuat disko diRumah masing2,...ini kerana, Takut mereka Bukan pada Allah, tapi takut mereka pada Pemimpin & penguasa ,mereka tidak akan faham apa itu kebaikan & tidak mengerti Allah maha mendengar, sebaliknya sentiasa mencari jalan2 tersembunyi untuk menbenarkan perbuatnanya.,, maka pengingkaran ini sebenarnya lebih bahaya & hati menjadi gelap, malah mereka bertuhankan PEMIMPIN.

maka inilah yg dimaksudkan tentang keutamaan Dakwah & Pemurnian Rakyat.


Sunnah Nabi sesuai diamalkan bila-bila masa sampai kiamat, tanpa ada had. Hanya orang yang jahil dan tiada fikir agama sahaja yang kata sunnah Nabi hanya sesuai pada zaman unta. Berhati-hati jika pemikiran ini ada dalam kepala otak anda. Takut-takut otak anda menggelegak dibakar api neraka.

“Apabila umatku berbangga-bangga dengan dunia, diangkat kehebatan Islam daripada mereka. Apabila umat aku meninggalkan amar makruf nahi mungkar, diangkat daripada mereka keberkatan wahyu. Apabila umat aku caci-mencaci sesama mereka, maka akan terhindarlah mereka daripada rahmat Allah.” (mafhum hadis)

Ketiga-tiga larangan (mafhum hadis) di atas telah dilanggar!

1. Hari ini, ramai yang yakin dengan kuasa, ekonomi dan sosial. Kononnya, dengan menguasai politik dan ekonomi, umat Islam akan maju. Namun sebaliknya yang berlaku. Sibuk kejar duit, akhirnya jadi hamba duit. Orang kafir kejar dunia, kita pun sama-sama kejar mengejar sampai lupa tujuan sebenar.

2. Orang yang tidak buat dakwah atau mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, dia tidak akan faham isi al-Quran. Apa yang dia tahu, menggunakan al-Quran untuk tujuan dunianya sahaja. Apabila hendak lariskan barang, guna ayat Quran. Hendak tarik orang meraih skongan, guna ayat Quran. Al-Quran digunakan mengikut kesesuaian keadaan masing2, diguna tanpa diamal. Istighfar.

3. Dalam politik caci-mencaci sudah menjadi perkara biasa. Hendak dikatakan apa lagi? Semua berasa di pihak yang betul. Sanggup mengumpat (makan daging) saudara sendiri. Sanggup melemparkan fitnah. Macam mana kita hendak mengharapkan rahmat Allah?


Ingatlah,
Islam ini terdiri daripada perkara pokok yang berteraskan IMANIAT, IBADAT, MUAMALAT, MUASYARAT dan AKHLAK. Siasah, jinayat, munakahat pula hanyalah satu ranting daripada cabang MUASYARAT (Kemasyarakatan). Janganlah kita hanya berusaha mencantikkan ranting itu dengan mencantas-cantasnya sahaja tanpa kita sedar, akar pokok kita sudah lama tidak disirami baja dan air. Entah-entah, akarnya sudah reput dimakan anai-anai (syaitan, nafsu, musuh).
Jangan pula kita cuma tahu ‘membonzaikan’,menuntut satu ranting sahaja sehingga kita terlupa kepada akhlak kita yang semakin buruk kerana sudah banyak mencaci atau memandang buruk kepada orang lain yang tidak sehaluan dengan kita. Bahkan, kita sanggup ‘memuliakan’ orang kafir dan ‘melaknat’ orang yang seagama, hanya kerana orang kafir itu sokong kita dan orang seagama itu berada di pihak lawan. Semakin jelas, inilah perangkap DEMOKRASI yang manusia agung-agungkan. Konon-kononnya, inilah jalan terbaik hendak menegakkan Islam. Mana mungkin Islam tertegak dengan cara yang kotor dan menjijikkan. Lainlah kalau ada pihak yang kata, Imam Mahdi akan lahir daripada kalangan ahli politik dan main politik. No comment.

Kesimpulan

1. Hendak main politik boleh, tapi kena jaga iman. Jangan yakin dengan kuasa sebab kuasa tiada apa-apa. Ada kuasa pun belum tentu boleh buat apa-apa jika usaha untuk mengislahkan diri sendiri dan masyarakat tidak dijalankan.

2. Hendak main politik boleh, tapi sila penuhkan masjid dengan solat berjemaah. Bangun malam solat tahajud minta doa pada Allah. Bukan sekadar tahu berjaga malam untuk gantung banner atau pacak bendera.

3. Hendak main politik boleh, tapi kena jaga hubungan kemasyarakatan. Jangan terbawa-bawa ideologi politik sampai tidak bertegur sapa. Sehinggakan anak hendak kahwin pun dilarang sebab mentua parti lain.

4. Hendak main politik boleh, tapi kena jaga akhlak.Saling Berburuk Sangka, Salah menyalahkan, aib-mengaibkan, saling Menjauhi, prejudis & Sinis, Caci mencaci, fitnah memfitnah, umpat mengumpat yg mana bukanlah bukan akhlak orang Islam & Nabi xpernah mengajurkan kaedah begini. Orang bukan Islam tengok, mereka akan kata, “Inikah Islam?” Jawablah sendiri.

Saturday 16 June 2012

Fikir Umar & Fikir Abu Bakar r.anhum...(berkaitan isu semasa)


Secara Umumnya Umat Islam ada dua bentuk pemikiran

1.Fikir kesenangan Dunia
2.Fikir kesenangan Akhirat


Dalam Doa Nabi Ajarkan kita "Ya Tuhan kami, berilah kami Kebaikan Dunia & keselamatan Akhirat"

Dari Doa ni jelas membuktikan bahawa Islam Menolak Konsep Rahbaniyyah(menolak Dunia & mengambil Akhirat semata2), sebaliknya Islam mengajar Ummat dgn Konsep Rabbaniyyah (Hidup berTuhan)

Sekarang kita renungkan peristiwa yang berlaku dizaman Sahabat R.anhum

Menjelang Kewafatan Nabi SAW, pada masa itu keadaan Ummat menjadi kucar-kacir ,munculnya Nabi Palsu, Golongan Murtad, golongan yg enggan membayar zakat , Hatta Tentera Romawi sudah siap sedia untuk menyerang Madinah.

Pada ketika itu, Abu Bakar r,anhu dilantik para Sahabt sebagai Khalifah(meskipun beliau menolaknya) lantas Abu Bakar mencari Jalan penyelesaian dgn menyuruh semua sahabat2 lelaki untuk keluar dari madinah & berdakwah ke seluruh kawasan yang munculnya para gol. ingkar tersebut.

Maka berlaku perdebatan diantara Saidina Abu Bakar & Saidina Umar R.anhu

Umar r.anhu : wahai Abu Bakar, jika semua lelaki engkau perintahkan untuk keluar madinah maka siapa yg akan menjaga para Wanita & anak2!!!???

Abu Bakar R.anhu : Wahai Umar, dulu engkau seorang pemberani tapi kenapa sekarang engkau pengecut!!!?? Allah Akan memelihara mereka!!! Aku lebih rela melihat para wanita disini di gonggong anjing dari melihat Agama Islam musnah!!

setelah 3 hari , masalah Ummat pun selesai & Tentera Romawi berundur.

Ini lah perbezaan Saidina Ummar & Abu Bakar Assiddiq dlm menyelesaikan masalah Ummat,

Saidina Umar Al-Khattab = beliau berfikir atas kesenangan Ummat, keselamatan para muslimah ... Hari ini, umat2 Islam tertindas ,di zalimi dgn kekejaman, maka inilah yang kita risaukan ....kerisauan KITA ATAS PERKARA KESENANGAN UMMAT DI DUNIA

Saidina Abu Bakar Assiddiq = Beliau berfikir atas kerisauan Agama ,risaukan agama akan musnah akibat kemunculan para perosak2 tadi (Nabi Palsu,Murtaddin dsb), disamping itu, inilah kerisauan Nabi (FIKIR UMMAT) risaukan UMMAT KEMBALI KUFUR Pada ALLAH,..meskipun ummat hidup senang tapi kembali pada kemungkaran, maka inilah sebenarnya lebih dirisaukan (kesenangan Ummat di Akhirat).

Hari ini, kita sering merisaukan saudara2 Islam kita di palestin, di syria & baru2 ini di myanmar yg ditindas ,dibunuh & dilakukan kejam sehingga menyakitkan perasaan kita sebagai saudara kita...(semoga Allah mengampuni dosa kita)

namun, dlm kondisi ini...adakah kerisauan kita juga terhadap saudara2 terdekat kita di sekitar kita yang masih lalai dgn Agama, yg bermaksiat, yg murtad sama kondisinya seperti yg berlaku dizaman KEWAFATAN RASULULLAH??

Sesungguhnya , kedua2 masalah ini mmang perlu di risaukan, Namun dlm keadaan UMMAT yg lemah & tidak Berdaya....apakah kita masih berfikir seperti UMAR YANG GAGAH atau seperti ABU BAKAR BIJAKSANA??? ..usaha keatas Agama berprinsipkan nilai ketaqwaan & Tawakkul, tidak hanya mengikut PERASAAN SEMATA2... ULAMA katakan dua syarat utama untuk Ummat layak menerima NUSRAH ALLAH
1. Sabar 2. Taqwa ..& sekarang sifat ini sudah hilang dari Ummat.

Oleh itu kawan2, disamping kita merisaukan saudara kita yg sedang menderita akibat penindasan, perlu kita sedar juga tentang keutamaan DAKWAH, risaukan keadaan saudara2 terdekat kita ,kerana merekalah org yang paling dekat & mula2 sekali yg menuntut kita diakhirat nnti (Wahai Allah, org ini dahulunya pernah serumah, sebilik, sesekolah dgn ku tapi dia xpernah mengajakku pada solat,puasa dsb)

kita memang xterlepas dari tuntutan saudara2 Islam kita yg tertindas jauh disana, namun, dlm keadaan sekarang jangan pula kita hnya termenung jauh pada mereka tanpa menunaikan hak saudara di sekitar kita2..mereka pun dlm keadaan menderita dgn kesenangan & kelalaian..Saudara2 kita di palestin mati syahid dlm peperangan, manakala saudara2 kita mati kufur dalam kelalaian.. Kita sebenarnya dikaburi dgn Tipu Daya Syaitan...

Cukuplah kisah Abu Bakar & Umar menjelaskan keutamaannya.. Apa yang baik dari Allah, yg tidak baik atas kelemahan sy sendiri (sy ambil nasihat ini dulu)

_ilham dari perbincangan dgn seorang Ustaz_

Hati Yang Tertidur


Hati Yang Tertidur




Ketika Nabi SAW tertidur dibawah pohon maka Da’tsur telah acukan pedangnya kepada Nabi SAW.

Dia tanya :Siapa yang akan menolong kamu dari aku ?

Nabi SAW sabdakan : Allah !! Tangan Da’tsur goyang(menggeletar) dan lalu pedang Da’tsur pun jatuh.



Inilah kekuatan dzikir Nabi SAW telah menjatuhkan senjata orang kafir.

Hari kita dzikir kepala kita yang goyang(Goyang kepala :D ). Belum mampu menggoyangkan tangan2 orang kafir.

Walaupun mata Nabi SAW tertidur tapi hatinya tidak pernah tertidur.

kita??
Walaupun mata kita celik tapi hati kita tertidur.







CARA DZIKIR PAGI dan PETANG


(Maulana Iksan)<----- Ni bukan namaku :D. 1. Ketika membaca Tasbih

-Hadirkan dlm kesucian dan kehebatan Allah SWT didalam dzikir dan jangan masuk fikiran yg lain,merasa Allah SWT sedang melihat ke hati kita.




2 .Ketika baca Selawat


-Hadirkan (Ingat) kehebatan Nabi SAW.

Wajahnya seperti bulan purnama

Giginya bersinar kedinding ketika beliau tersenyum

Usapan tangannya meninggalkan kesan harum




3. Ketika baca Istighfar

-Maka hadirkan(ingat) semua dosa2 kita dan kita azam sungguh2 ntk bertaubat atas semuanya. Semakin banyak dosa yang kita ingat maka kita akan semakin tawajjuh


Sumber: Ust Mahadom Hsb

Selamat Beramal :)

Friday 15 June 2012

40 hari Mencari Cinta :)


Aku memang dari dulu berazam nk keluar 40 hari tapi xkesampaian .pernah skali aku sudah muktamad nk sertai rombongan jemaah ke Sabah & Sarawak selama 40 hari (masa tu baru 2nd year di UTHM), tiba2 fakulti pula nak buat short sem untuk "Surveying Camp"( yg Ukur2 tanah tu) ,clash pulak dengan tiket penerbangan ku ..huhhu, jemaah dh pergi aku tertinggal sendiri.

Sekarang Allah dh beri aku peluang kedua,& pastinya aku xkan lepaskn peluang ini, lebih2 lagi di bulan puasa, maka fadhilatnya berganda2 :). Alhamdulillah aku dh berbincang baik2 dgn mama & papa (dh sekian lama aku Ikram diorg, bantu2 diorang, bila balik rumah semata2 nk senangkn hati Parents ), Allah mudahkn Urusanku, ma & pa setuju & terima usul pengorbananku ,
aku kata (Ma & Pa, esan buat ini bukan untk kepentingan esan smata2, harta2 Ma & Pa yg esan guna sepanjang keluar ni, semuanya milik pa n ma, Smoga dgn korban esan yg sdikit ni Allah redha dgn titik peluh ma n pa selama ni besarkan esan dgn rezki2 ma n pa :)...)

Sesungguhnya Usaha ini bukanlah usaha persatuan, kita xkan dapati mana2 name tag atau lencana yang melambangkan usaha ini, bukanlah usaha kepartian & NGO2, kita xkan dapati mana2 pejabat, markas2 atau yuran2 khas dlm usaha ini. yang ada cuma pakaian sunnah, masjid2 dijadikan tempat rujukan Aktiviti sesuai dgn taraf "RUMAH ALLAH" untuk dimuliakan, & madrasah2 hafiz dibina untuk menjaga AL-QURAN & SUNNAH :)

Tanggal 1 July 2012 ,
Detik pengorbananku insyaALLAH bermula, Mungkin ada yg tertanya2 apa yg jamaah buat ketika Khuruj Fisabilillah?? ni nk share dgn korg la ni :)


APA YANG DIBUAT JEMAAH KETIKA MEREKA KELUAR DI JALAN ALLAH ?:


Mereka menghidupkan amalan Nabi secara menyeluruh yakni Dakwah, Taklim wa Ta’allum, dan Tazkiyyah. Sesuai ayat :

Ya Tuhan kami, utuslah seorang Rasul ditengah-tengah mereka yang berasal dari diri mereka sendiri (yang tugasnya) membacakan ayat-ayat Engkau (DAKWAH), mengajarkan kepada mereka ALKITAB dan ALHIKMAH (Taklim wa Ta’allum) dan Tazkiyyah (Dzikir Ibadah dan Khidmat), Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha Bijaksana (AL Baqarah : 129)

Doa di atas adalah doa Nabi Ibrahim ketika selesai membangun Ka’bah sehingga mereka katakan : Inilah amalan masjid yang diinginkan Ibrahim as.


Mereka membagi waktu khuruj dengan tertib sebagai berikut :

4 Jam untuk Dakwah, yang terdiri dari :

1. Jaulah Umumi, yakni jumpa seluruh orang kampung
2. Jaulah Khususi, yakni jumpa orang perseorangan sebagaimana kedudukan orang yang didatangi, misalnya : ulama atau umara, ziarah gol. ulama utk memuliakan mereka.
3. Jaulah Taklimi, yakni mereka berkeliling untuk ajak orang kampung duduk di majlis taklim fadhilah amal yang mereka buat.
4. Jaulah Tasykili, yakni mereka datang ke tempat orang yang ada simpati setelah mendengar bayan-bayan (penjelasan) mereka.
5. Jaulah Ushuli, yakni mereka datang kepada orang awam yang berniat keluar bersama dengan jemaah semasa hendak pergi ke tempat / kampung lain.



4 Jam mereka gunakan untuk Taklim, yang terdiri dari :

1. Taklim Kitabi (Fadhilat Amal, Fadhilat Seedekah,Hayatussahabah,Munthakab Hadis, dsb)
2. Taklim Halaqah Al Quran (mebetulkan Tajwid & tafsiran Quran jika ada yg arif)
3. Taklim Enam Sifat (akan sy jelaskn di post yg lain :) )
4. Mudzakarah Adab-Adab Sunah Sehari-hari
5. Taklim Infiradi(amalan individu), yakni membaca buku yang mereka bawa di luar amalan ijtima’i... aku bawa jer suma buku2 agamaku, bleh baca tym bosan :D



4 Jam Mereka gunakan untuk Dzikir Ibadah, yang terdiri dari :

1. Solat berjamaah (Takbir yg pertama sama2)
2. Sholat-sholat sunnah
3. Dzikir Pagi Petang
4. Sholat Tahajud dan Doa Hidayah dimalam hari
5. Tilawah Al Quran
6. Doa-doa masnunah (doa2 harian, naik kenderaan, doa memasak, dsb)



4 Jam mereka gunakan untuk Khidmat(menolong), yang terdiri dari :

1. Khidmat kepada Amir
2. Khidmat kepada Jemaah
3. Khidmat kepada orang kampung
4. Khidmat kepada diri sendiri


Semuanya jika dicampur menghasilkn waktu 16 Jam. Sedangkan sisanya digunakan 6 jam untuk tidur dan 2 jam untuk memasak/makan/mandi dan keperluan pribadi lainnya.


Apabila mereka keluar ikut tertib dengan ikut kepada amalan ijtima’I secara full, maka biasanya dengan izin Allah mereka mendapat Islah setelah pulang. Boleh jaga solat berjamaah dan muamalah(berhubungan) dan mu’asyarahnya menjadi lebih baik.

Kegagalan orang keluar di jalan Allah disebabkan mereka tidak ikut tertib sehingga tak ada Ishlah dan setelah itu sukar diperbaiki lagi dan jadi HIJAB bagi manusia lain untuk dapat Hidayah.



3 Perkara yang menyebabkan seorang berjaya keluar di jalan Allah :


1. Keluar dengan mentaati Amir
2. Keluar dengan tertib di dalam Ijtimaiyyat(berkumpulan, team work)
3. Keluar semata kerana Allah SWT (xda tujuan lain selain Allah)




Apabila orang keluar dengan 3 hal tersebut maka Allah akan beri kepada mereka 2 perkara :
1. Dicabut sifat binatang dari diri mereka
2. Doa mereka akan dikabulkan sebagaimana doa Nabi-Nabi.



Telah banyak bukti perubahan yang terjadi pada orang yang keluar di jalan Allah, mereka yang sebelumnya orang yang rosak agamanya atau sampah masyarakat. Kaki maksiat, Koruptor, Artist Pejabat, Anak Menteri, Polis, Tentera, dsb yang sebelumnya jauh dari agama, mereka kini menjadi Pendakwah, bukan hanya diri mereka baik tapi mereka juga fikir orang lain untuk menjadi baik.
Dan disini jugalah aku belajar utk tidak mengharap pada makhluk, tidak mengharap pada pandangan manusia, inilah penyejuk hatiku bila tiada siapa lagi yg memandang kita, kita mula mengharapkan Pandangan ALLAH ... T_T


Iwan Dangdut yg dulunya pernah Famous dgn sbgai raja dangdut dgn lagu "Yg sedang2 saja :D". Dulu Iwan Dangdut, Kini Iwan Dakwah :D..happy ending <3
Sakti---> Guitaris utama Band terkemuka Sheila On 7, beliau membuat keputusan menginfakkan diri sepenuhnya pada Allah dizaman kegemilangan Kump. Bandnya (what a BIG IMPACT!!, seorg guitaris keluar, SO7 pun tenggelam..ntk Allah :)


Steven Cat, seorang penyayi jalanan, skrg nama islamnya Yusuf Islam

Sehingga ketika Amir mereka Syaikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi Rah A dikritik orang katanya Jemaah Tabligh hanya Amar Makruf saja tak ada Nahi mungkar. Maka Beliau katakan : Hadits yang menyebutkan : “Jika kamu lihat kemungkaran maka ‘Fal Yughayyir’ yakni rubahlah bukan hancurkanlah maka lihatlah oleh kalian !! Perubahan hidup mereka dari maksiat kepada taat.

"merubah diri semestinya perlukan masa :), Hidayah Milik Allah, xberpihak pada mana2 pihak, hanya berpihak kepada org yg mencarinya dgn cara yang telah Nabi SAW ajarkan :) (QURAN & SUNNAH), jgn disangka org yg dakwah berbulan2 bila balik terus layak digelar Syeikh :), andai seorg sukarelawan menghadiri kursus keselamatan belajar2 asas2 kecemasan & perubatan selama 6 bulan, bila balik dari kursus adakah patut di gelar sebagai Doktor? x kn? hehe.. bgitula usaha membetulkan diri sentiasa bergerak sambil mengajak org lain bersama :).

-Orang Yang Berjaya Bukanlah Yang Mendapat Hidayah, Melainkan Mereka Yang KEKAL Bersamanya Hidayah Di Saat Badan & Nyawa Terpisah.


Terjemahan Istilah :

1.Khuruj fi sabilillah = Keluar di jalan Allah
2.Jaulah = Bertemu(dakwah) secara langsung dgn manusia
3.Amir = Ketua
4.Ikram = Memuliakan seseorang, (menolong, meringankan beban, berkhidmat & bersabar)

Wednesday 13 June 2012

Dialog Aku & Non-Muslim

My fren (Non Muslim) Asking me, smbil mkn2 di Cafe TSN (Kolej kediaman dlm kampus)

Me= M
Fren=F

F= San, kalu kita mati kn, roh kita keluar dari jasad la kn? org2 yg mati skrg ni diorg tgh buat apa? diorg dh d mahsyar ka??

M= Ya, bila kita mati ruh dgn jasad pisah, cantik ka hensem ka kalu mati nnt jasad kita jadi tanah, actually kn dari zaman Adam & Eve smpailah skrg termasuk org2 yg mati baru2 ni, sumanya sedang berada ...di alam kubur... kita ni lalui 5 khidupan .
1. Alam ruh 2. Alam Rahim, 3. Alam Dunia 4. Alam Kubur 5. Alam Akhirat....
walaupun ko xpernah sedar ko dirahim ibu, tapi ko pecayakan semua org dh laluinya kn? skrg ni aq n kau di alam Dunia, nmpk mcm lama kn? cuba ko banding alam rahim dgn alam dunia, mana lebih lama? Alam dunia kn? tapi pecayalah alam Kubur tu lebih lama dari alam dunia, Alam Akhirat tu lebih lama dari Alam Kubur (selama2nya) ..
ko bayangkan la dari zaman Adam smpai skrg blum kiamat2 lg ..lagi satu, kita duduk dlm kubur bukan suka2 selama hidup kita di kubur tu selama tu la kita terima balasan, yang baik di balas baik & berganda, yg buruk di balas buruk berganda2 ...soalan 1st malaikat tnya, Siapa Tuhan kamu?? Allah, Nabi kamu? Rasulullah, Saudara kmu? Muslimien, Panduan? Alquran, bla2....

tiap alam siksaannya makin susah, kalu dikubur dh tersiksa, di akhirat lagi lahh ... tapi syarat pertama ,Kita kenal Allah dulu... kalu dh kenal Allah baru kita solat, kalu dh jaga solat barula amal2 kita di terima Allah :) ...Kalu kita Pecaya Allah Itu Tuhan Yg Satu, bukan bermakna kita nafikan Yesus, kita pun beriman dgn Yesus...tapi sebagai Seorg Nabi , mcm Nabi Muhammad ,Utusan Terakhir ntk kita :)

F= Owhh...

M= (teruskan makan) & dia teruskan termenung

Dia xbnyak cakap selepas tu ,slesai makan kitorg jalan ke library...saja jalan kaki sambil2 bincang, lebih kurang 200 meter perjalanan ke library, tapi kali ni aku yg mulakan dialog dulu,

M= F, ko percaya Allah kn?

F= ya, trinity..

M= Trinity tu apa? Tuhan Bapa, Yesus & Roh Kudus?

F= Ya,

M= jadi yg ko sembah siapa? Yesus?

F= ya,

M= habis tu yg dua lagi?

F= kami sembah Yesus, sembah Allah juga(Tuhan Bapa), & Roh Kudus

M= tp aq tengok korg mcm sembah Yesus sja?

F= err... x (dia pening sndiri)

M= erm,.. Ko pecaya Yesus Korbankn diri untuk Ummat dia kn? dia korbankn diri utk tebus dosa ummat kn?

F= Ya, dia korbankn diri sebab sayang kita :)

M= kalu mcm tu semua org kristian skrg xda dosa?

F= eh, bukan mcm tu, ada dosa juga...

M= owh, tapi kalu dh ada dosa mcmana nk minta maaf? kn Yesus dh mati?

F= Erm... minta maaf dari Paderi lahh,

M= kenapa perlu dari paderi? xbleh minta maaf secara direct?

F= tak kami tak dpt berhubung terus dgn Yesus, sbb ada dosa, kena melalui perantaraan Paderi,

M= wah,.. hebatla paderi, dorg tu org suci kn? yg aku fhm dorg xda dosa jadi berhak ampunkn dosa org.

F= Ya,

M= ko sure ka dorg xda dosa?? skrg mcm2 dh aq dgr..(Aku jeling saiko.. hehehe)

F= errr...... xtau la san (down)

M= ok, ko bilang paderi xda dosa jadi bleh berhubung dgn Yesus kn?

F= ya,

M= tapi kalu paderi pun ada buat dosa, mcmana dia minta maaf? mcmana dia maafkan org lain? org yg xda dosa saja yg boleh berhubung dgn Yesus kn?

F= erwwwmmm... Diorg minta maaf sesama sendiri lahhh... :D haha

M: hahaha.. ko ingat mcm hari raya ka? haha :D

F= Aku pun xtau la san,.. malas mo fikir, skrg aku rasa aku ok begini ..xpyah fikir bnyak2.

M= Aku tanya just mo tau ttg tuhan ko... sbb bagi aku, aq pun beriman dgn yesus tapi bukan sebagai Tuhan, dia mcm nabi Muhammad , diutus untuk ajak manusia sembah ALLAH, Allah cuma satu..xda anak,

F= owh..

M= ko sembah yesus sbb dia lahir tnpa bapa kn?...jadi dia roh yg ditiup dari Tuhan Bapa kn? I mean Allah yg tiupkn roh dlm Rahim Marry melalui perantaraan Roh Kudus (Jibril)..

F= Ya

M= habis tu kenapa ko xsembah Adam & Eve?? , sbb diorg pun xda mak bapak juga, dorg lagi advanced, xpayah dari rahim Ibu... terus direct kena buat dari Allah ..:)

F= Ewwrrmmm... (pening lagi)

M= ko jgn marah ya F, kita just bincang sja... ko pernah dgr yesus hidupkn org yg mati? , buat burung dari segumpal tanah? , sembuhkan org sakit kusta & Buta kn?

F= ya, itulah tanda dia sebgai Tuhan.. kuasa dia,

M= aku pernah baca kisah tu , mama aku pun dulu kristian Katolik juga & pernah tinggal dgn "sister" di gereja.. buku2 ttg tu aku ada dirumah.. so aku baca. dlm kisah tu aku baca masa si ibu budak yg mati tu minta Yesus hidupkn anak dia semula, Yesus tu duduk depan kubur sambil genggam tgn & pejam mata... seolah2 dia sedang bercakap dgn seseorg. ko rasa apa yg dia buat?

F= ntah... ( sebnarnya dia xtau sgt crita tu....)

M= aku rasalah kn, sebenarnya masa tu dia sedang berdoa minta bantuan dgn Allah, mcm nabi2 sblum dia juga.. berdoa dulu ntk minta bantuan & kuasa dari Allah. kalu mcm tu , itu bukan kuasa dia lahhh... itu kuasa Tuhan dia :D ..hehe

F= Arrghhhh!!!!..... (stress ...) ... Dh la, pening aku san ...dh, smbung study :D

M= (masa ni dh depan pintu Library dh, kitorg sebenarnya tgh prepare ntk paper exam esoknya... ) hahaha... ok2, smbung study :) ..




Perpustakaan UTHM Tempat Lepakku paling best Di UTHM :) <3<3<3 ... Masjid dekat jer...sebelah Bangunan :)


Tuesday 12 June 2012

Bahagia adalah Derita? Derita adalah Bahagia? Pening?

Assalamualaikum semua , bagi yg belum mengenal Allah salam sejahtera smoga dipermudahkan mengenal Allah :)

Alhamdulillah , Kehidupan di dunia ini sudah pastinya satu tempat yang sangat singkat.. itu memang xdpt disangkal lagi :), walaupun seorg yg hidup usianya 100 tahun aku masih katakan itu khidupan yg sangat-sangat singkat, sebab apa? sebab kehidupan Akhirat itu sangat lama :D :D :D ...

-bayangkan la seorg yg hidup dgn kemewahan & kebahgiaan dimuka bumi ini, umur yg panjang 100 tahun, kehidupan yg senang 100 tahun,yang pastinya dia kecapi kehidupan yg sgt Indah :) , tapi malangnya apabila kehidupan yg mewah & indah tiba2 dijemput Allah dlm keadaan yg tidak bersedia, kembali tanpa Iman , maka diahkirat nanti segala kehidupannya penuh derita & sangat lama...pada masa itu agak2 apalah makna kehidupan dia bahagia 100 tahun di dunia tapi menderita 100,000,000 tahun diakhirat???? (Itu sekadar Nomboor...hakikatnya neraka selamanya :D :D)

-Padahal seorg yg hidup di dunia ini, hidup dgn serba kekurangan, hidup penuh menderita 100 tahun ,tapi dijemput Allah dengan keadaan dia bersedia (beriman) pada Allah. Maka pastinya sebaik2 syurga buat sifulan (mudah2 kita tergolong Aamiin).. jadi apa pula maknanya kehidupannya dgn siksa derita 100 tahun di dunia padahal di akhirat hidupnya penuh nikmat yg xterkata untk 100,000,000 tahun di syurga??? (sekali lagi,hnya sekadar nombor... hakikatnya Syurga selamanya :D)

Sabda Nabi saw (mafhumnya): "Sesungguhnya, dunia adalah penjara kepada Ummatku"

ni dari segi matematik:
Anggapkan
--->Bahagia =(+)
--->Derita =(-)

Bahagia (100 Tahun) + Derita (100,000,000 tahun)= 99,999,900 tahun Derita ...
Derita (100 tahun) + Bahagia (100,000,000 tahun)= 99,999,900 tahun Bahagia ... :D ,Inilah Hakikatnya !!

"sekarang jelas semuanya, penderitaan kita , penyiksaan & kebahgiaan kita ini yg kita rasa sangat lama rupanya sangat singkat & xbermakna apa2 lagi bila dh melihat Syurga & Neraka :) ..SubhanAllah"

Tamsilan ku :
Ibarat Bumi dgn langit (Kalu korg tau betapa besarnya langit ni... laaaa, bumi ni mcm titik ni jer "." kecik sgt, kita saja yang "PERASAN" bahawa pengorbanan kita ini BESAR ...Padahal xda nilai disisi Allah pun, sikit sgt, Maka betulkn niat ,pengorbanan kita untuk selamatkn diri kita, bukan ALLAH :)


HeHeHeHe...:D

Tuesday 14 February 2012

Cara nk Buat Sniper Angin…. Home made Airgun

Assalamualaikum kawan2 .. kali ni, sy nk kongsi something yg menarik untuk kawan2 especially yg suka isi masa lapang dia dgn benda2 kreatif & praktikal …..jeng..jeng..jeng….

Mgkin time skolah kita dh diajar oleh cikgu2 ato ada join pertandingan sains kn?? Biasanya pertandingan Water Rocket … feuuwwwhhhh .. best tuueee……. Sy pun minat jga buat2 bnda mcm tue, tp kali ni penulis try benda yg baru ckit,.. masih guna konsep yg sama .. tp kali ni xguna air , Cuma guna tekanan udara ….


Ideanya mcm ni,

1. Kumpul tekanan udara dlm 1 botol plastic (biasanya sekitar 20 - 40 Psi / 200-300 KPa)

2. Tekanan udara yg terkumpul pada tekanan mcm tu cukup ntk lepaskn 1 das peluru melalui stu saiz corong tertentu pada kelajuan xtau …. Hahaha, ingt sy terrer fizik ka?? Adeeehhh

3. Then, skrg kita fikir mcmana nk kumpul tekanan udara tu dlm satu botol sbelum bleh dilepaskn pada satu corong yg ada sebutir peluru, makanya jadila selaras senapang berkuasa Angin ..hehehe, bukan senjata Api kn??? Ngeh3..tp snjata angin jer.

Fikir punya fikir berdasarkn bahan2 semasa yg ada, maka terciptalah selaras senapang angin yg agak Coool bagi penulis , bleh tahan juga la” performance”nya …. Sampai juga 100 meter jarak berkesan … tp sgt2 dinasihatkn disini supaya adik2 dirumah tolonglah jgn buat benda ni tanpa keizinan ibu bapa (mcm rancangan TV la pula ..haha) , takut2 adik2 salah guna Ilmu yg ada .. penulis buat ni pun skadar nk cetus kn idea menjadi realiti,skaligus jadi hobi penulis & simpanan koleksi2 yg menarik .. jom tengok gambar2 dibawah ni ..JOM3 … hehe ..



Tadaaaaa!!!!!...












Coooool bukan?? Siap bleh loading peluru lg ..hehe.. maafla sbb xtunjukkan pelurunya, takut2 nnt penulis di tuduh penjenayah pulak ada senjata merbahaya … skali lg penulis jelaskn, ini hanya cetusan idea, latih otak ntk berfikir scara kreatif & innovative .. sekian :)

Tuesday 24 January 2012

Dunia Telah Berubah


Ketika pertama kali Syeikh Ilyas Rah.a melepaskn satu jamaah orang-orang Mewat tahun 1930 an untuk Khuruj fi Sabilillah 7 Orang pertama kali dihantar Oleh Syeikh Ilyas rah.a setelah sepuluh tahun Usaha. Maka beliau katakan : Dunia telah berubah !!. Kata para Masyeikh : Bukan dunia yang berubah tetapi hati hati manusia mulai Allah SWT ubah dari kecintaan dunia kepada meninggalkannya untuk sebarkan agama.

Ada seorang Raja sakit kanser hidung, Tabib katakan : Raja boleh sembuh asalkn hidungnya dipotong.

Raja fikir dari pada mati tak jadi raja, elok potong hidung saja. Maka jadilah dia raja tanpa hidung.

Waktu raja berpidato depan menterinya, suaranya jadi lucu dan para menteri ketawa. Raja marah dan buat peraturan. Kalau masih mahu jadi menteri maka kamu mesti potong hidung semua !! .maka para menteri pun akur.

Suatu hari Raja dan menteri berpidato didepan Rakyatnya. Semua rakyat tertawa kerana suara mereka lucu.

Raja marah buat peraturan “ Kalu ingin jadi rakyatnya tinggal di daerahnya maka mesti harus potong hidung !! “

Akhirnya semua rakyat potong hidung, maka jadilah negeri tanpa hidung. Setiap generasi lahir dipotong hidungnya sampai beberapa generasi, negeri tersebut sudah biasa tanpa hidung. Suatu waktu ada orang normal datang ke negeri tersebut, maka hal ini jadi aneh bagi orang negeri tersebut sambil berkata, ”Adeeh lucu!! Ada orang mukanya tak ada daging / hidung...”..org negeri tersebut pula katakan, " ehh.. kenapa muka kamu pelik? ada daging dimukamu?" ..(org yg normal pula dikatakan pelik)

maka dlm situasi ini siapa sebenarnya kaum yg pelik? yg punya hidung atau tidak??

Tuan tuan, hal ini boleh terjadi , yang normal yang dikatakan aneh padahal mereka yg mengatakan itu yang sakit.

Hari ini.. orang merasa aneh melihat ada orang tinggalkan anak isteri demi agama. Kalau pergi berlayar, bekerja di Arab tak aneh. Padahal kehidupan sahabat r.anhum sedemikian rupa bahkan aib jika ada sahabat2 yg mati di rumah.

Sayangnya orang selalu katakan kalau kamu khuruj fi sabilillah maka bagaimana dengan anak istri kamu?, Hari ini hampir tak ada yang mengatakan : “Kalau kamu tak berangkat khuruj bagaimana nanti perasaan Rasulullah SAW ketika jumpa kamu” ??

Mafhum Hadis Nabi SAW: "Satu hari nanti Islam akan dtg dlm Keadaan Asing semula seperti pedagang yg dilihat asing"

Maka inilah yg dikatakan golongan Pelik(Ghuraba') di akhir zaman, pemakaian sunnah dilihat asing , kehidupannya di lihat asing & keluarganya dilihat asing di mata masyarakat sekarang.

Ingatlah!!! Bahawa kita akan jumpa Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat bagaimana jika kita biarkan hatinya terluka melihat keadaan ummatnya yang jauh dari ajarannya sementara kita enak makan tidur di rumah bersama keluarga seperti haiwan.

Lihatlah kehidupan haiwan Dia punyai anak, kemudian anaknya diajar cari makan, anaknya besar kahwin, makan tidur kemudian punyai anak lagi, diajar cari makan lagi, kahwin lagi. Tak pernah fikirkan perintah Allah SWT bagaimana dia dapat amalkan dan juga orang lain mampu amalkan juga.

Abu Ishaq al Ashfani Rah.a seorang ulama tanah Hind ketika melihat ahli dzikir yang hanya dzikir saja. Beliau rah.a katakan : “Kamu seperti haiwan kambing sibuk makan sendiri sementara teman-teman kamu disembelih, tak ada fikir ttg orang lain”.

Seekor harimau telah lahir di tengah-tengah sekumpulan kambing. Dia dipelihara oleh induk kambing dan bermain-main dengan anak-anak kambing.

Menjelang dewasa dia merasa ganjil dengan tanduk yang tumbuh di kepala anak-anak kambing sedangkan dirinya tidak bertanduk.

dia sangka kalau tak ada tanduk tak boleh menang jika berkelahi dengan yang ada tanduk.

Keyakinannya bahawa tanduk yang besar akan kalahkan tanduk yang kecil.

Anak harimau menjadi rendah diri dan takut kepada kambing.

Tiba tiba ketika dia berjalan seorang diri berjumpa dengan sekawanan harimau, maka seekor harimau telah katakan kepadanya bahwa kamu adalah harimau, tetapi anak harimau tadi katakan : tidak saya adalah kambing…” dia tak percaya dgn dirinya sendiri.

Harimau lain katakan : kamu harimau! Kekuatan kamu bukan pada tanduk melainkan kerana cengkaman kuku kamu dan gigi taringmu, serta suara aumanmu.

Maka untuk meyakinkan anak harimau itu dibawa ke tepi kolam dan disuruh melihat wajahnya,

dikatakannya “ lihatlah wajahmu” bukankah mirip dengan kami?”

barulah anak harimau itu sedar, kemudian ia dibawa oleh kumpulan harimau lain diajarkan bagaimana gunakan kuku, taring, suara, dsb Selama tiga hari.

Lepas tiga hari maka ia dikembalikan ke kawanan kambing, ketika ia berada ditengah mereka, maka anak harimau itu mengaum dan larilah semua kambing-kambing mendengar suara itu.

Begitulah orang islam kini telah lama berada ditengah-tengah kebesaran dunia orang kafir, yang memiliki kerajaan dan kekayaan dan merasa kecil kerana apa yang ada pada orang kafir tak ada pada dirinya.

Mereka terhina, dicaci, dipukul, diperangi tetapi tak boleh bebuat apa-apa kerana keyakinannya kepada yang dia nampak.

Mereka menyakini kerajaan yang besar akan kalahkan yang kecil, tentera yang lengkap dengan persenjataan akan kalahkan yang tak memiliki senjata, orang yang banyak hartanya akan kalahkan orang yang miskin.

Barulah ketika da'ie da'ie datang, beritahu mereka bahwa kekuatan kamu bukanlah asbab dunia, kekayaan, kerajaan, dsb. Tetapi kekuatan kamu yang sebenarnya adalah dalam keyakinan LAILAHAILLALLAH dan amal soleh yang dicontohkan nabi-nabi.

Awalnya mereka tak percaya bagaimana mungkin melawan mal(harta) hanya dengan amal. Tetapi setelah mereka dibawa keluar di jalan Allah dilatih menggunakan dua senjata orang beriman yakni dakwah dan doa.

Pulang tasykil(menyeru) mereka teriak kepada setiap orang “Allah Kuasa Makhluk tak boleh bagi apa-apa. Barulah orang kafir, munafik, fasik tak mampu lawan mereka.

Nabi begitu lelah jumpa manusia dengan menghadapi caci maki dan fitnah manusia, ketika itu Nabi tertidur ketika itulah dengan belaian kasih sayang membelai kepala Nabi salallahu 'alaihi wassallam tidak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Nabi.

Nabi terbangun berkata ''Wahai Khadijah mengapa engkau menangis,? Adakah engkau menyesal mempersuamikan aku Muhammad, dahulu engkau wanita bangsawan engkau mulia engkau hartawan tetapi hari ini engkau telah dihina orang,

Semua orang telah menjauh darimu seluruh harta kekayaanmu telah habis adakah engkau menyesal wahai Khadijah mempersuamikan aku (Muhammad)..?

Khadijah berkata “Wahai suamiku , wahai Nabi Allah bukan itu yang aku tangiskan, dahulu aku memiliki kemuliaan, kemuliaan itu aku serahkan pada Allah dan Rasul-Nya, dahulu mempunyai kebangsawanan, kebangsawanan itu aku serahkan pada Allah dan Rasul-Nya, dahulu aku memiliki harta kekayaan dan kuserahkan juga pada Allah dan Rasul-Nya.

Wahai Rasulullah sekarang aku tidak mempunyai apa-apa lagi, tetapi engkau masih terus memperjuangkan Agama ini, “Wahai Rasulullah sekiranya aku telah mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai sekiranya engkau hendak menyebrangi sebuah sungai, lautan engkau tidak mempunyai rakit atau jembatan maka engkau galilah lubang kuburku engkau gali engkau ambil tulang belulangku engkau jadikanlah sebagai jembatan untuk menyebrangi sungai itu untuk jumpa manusia ingatkan kepada mereka kebesaran Allah ingatkan kepada mereka yang hak ajak mereka kepada Islam wahai Rasulullah”.'

Seorang suami yang agung seorang istri yang agung, suami istri berpelukan sambil menangis memikirkan Agama ini.

Agama tersebar hingga hari ini kita kenal Allah bukan dengan mudah, Agama sampai pada kehidupan Agama, Agama sampai pada kampung kita, Agama sampai masuk kedalam rumah-rumah kita, Agama sampai pada ke hati-hati kita.

Bukan dibawa oleh burung, bukan dibawah oleh angin, bukan dibawa oleh air sungai yang mengalir tapi dibawa oleh pengorbanan Nabi dan para Sahabat, dibawah oleh para janda-janda para sahabat, dibawah oleh yatim-yatim para sahabat. hari ini Ulama hanya minta kita korbankan masa untuk agama, belum lagi ulama minta kita korbankan nyawa untuk agama, namun kita masih menolak dengan pelbagai alasan. Ulama tidak minta untuk kita tinggalkan istri sampai janda, cuma minta untuk beberapa ketika ,kita keluar jauh tapi kita tetap balik, xseperti para sahabat yg keluar rumah, isteri sebak melihat suami yg xbalik2. hari ini pengorbanan kita hnya berkorbankn perasaan...perasaan syg istri tercinta, anak2, keluarga harta benda.

Ulama sampaikan, hari ini kita senang-senang dpt amal Agama diatas penderitaan dan jeritan janda-janda dan yatim-yatim para sahabat.

Hari ini kita senang amal-amal Agama diatas penderitaan Khadijah r.ha..!!!

Kalaulah hari ini kita tidak menghargai pengorbanan mereka apa yang harus kita jawab dihadapan Allah kalaulah kita jumpa Allah apa yang kita jawab dihadapan Nabi apa yg kita jawab didepan Abu Bakar yang menghabiskan seluruh harta bendanya untuk Agama ini, apalah yang akan kita jawab dihadapan ibu-ibu yang mulia kalau ibu jumpa dgn sahabiyah'' yang mengorbankan suami nya syahid di jalan Allah, apa yang akan kita jawab sekiranya kita jumpa anak-anak yatim para sahabat sedangkan mereka yang telah menggerakan ayah'nya untuk memperjuangkan Agama ini.

Agama sangat berhajat pada pengorbanan, Agama tidak akan tersebar dengan tulisan-tulisan dan Agama tidak akan tersebar dengan bicara-bicara.

Agama tidak akan pernah wujud dalam kehidupan kita tanpa mengorbankan diri kita, sudah menjadi syarat Agama akan wujud melalui pengorbanan, hidayah akan datang dalam diri kita melalui pengorbanan, Agama akan tersebar hidayah akan tersebar diujung dunia melalui pengorbanan.

Allah SWT berirman : ''Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.'' (QS. Muhammad 7)

Dunia akan berubah kalau setiap ummat islam buat pengorbanan sebagai mana pengorbanan yang telah dibuat oleh Nabi SAW dan para sahabat.

nota kaki:

Mewat= sebuah nama tempat yg terletak di India ,yg dulunya pnduduknya buta huruf & mengira & xda pndidikan ..asbab susah payah syeikh ilyas mmulakan usaha dkwahnya, pnempatan tersebut berubah mnjadi masyarakat yg Alim, lahir para2 hafiz Quran & jmaah dkwah pertama muncul.

Syiekh ilyas rah.a= merupakan seorang ulama yg nasab keturunan kedua ibubapanya kembali kepada Sahabat Nabi sayidina Abu Bakar Assiddiq. beliau seorg yg sgt cintakan agama & sgt faqih dlm byk cabang ilmu terutama berkaitan ilmu hadis yg beliau plajari dri tokoh2 ilmuan, beliau juga salah seorg pelajar Universiti darul ulum Deoband .Universiti Deoband dh bnyk mnghasilkn tokoh2 agama ,cth terdekat ialah tuan guru Nik Abd Aziz.

Khuruj fi Sabilillah = Keluar Di Jalan Allah

>smoga manfaatnya buat penulis & pembaca (berkatalah yg benar walaupun pahit) ...Wallahualam

Monday 23 January 2012

Fastabikul Khoirats...smoga bermanfaat buat pembaca


1.Dari Abu Firas rahmatullah ‘alaih (seorang dari Kabilah Aslam) telah berkata: seorang telah berseru dan bertanya: ya Rasulullah! Apa itu iman? Nabi SAW bersabda: Iman itu ialah ikhlas. (HR Baihaqi)

2.Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Besarkanlah Allah SWT dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya. (HR Ahmad)

3.Dari Ibnu ‘Abbas r.huma, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu. (Riwayat Bukhari)

4.Dari Abu Umamah r.a menukilkan sabdaan Rasulullah SAW; Bersedekah secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah SWT. (HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

5.Dari Irbadh bin Sariah r.a berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku ialah hamba Allah dan Nabi yang terakhir. (HR Mustadrak Hakim)

6.Dari Sa’ad r.a menceritakan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: Allah SWT menyukai hamba-hamba yang bertakwa, yang tidak berharap kepada makhluk dan tidak terkenal. (HR Muslim)

7.Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya. (HR Abu Daud)

8.Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka. (HR Ibnu Hibban)

9.Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam. (HR Bukhari)

10.Dari Abu Darda r.a meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: Allah telah menetapkan lima perkara bagi setiap hambaNya; Ajalnya dan rezekinya, umurnya, untung nasib buruk dan nasib baiknya. (HR Ahmad)

11.Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)

12.Dari Uthman ibn Affan r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: yang terbaik diantara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (HR Tirmizi)

13.Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian.
(HR Tirmizi)

Komen penulis: sbnarnya hadis2 ni dipetik dari Kitab Munthakab Hadis & Riadussolihin, penulis sgt berminat dgn himpunan hadis2 dari kitab tersebut, lebih bnyk menganjurkn kebaikn & kesedaran sesama pembaca & pendengar,ada bnyk lg hadis2 yg penulis nk kongsikn, tp slow2 la dulu ya...smoga brmanfaat buat si penulis dulu, seterusnya para pmbaca ..Amien3

Thursday 19 January 2012

Mengundang Allah SWT Didalam Pesta Perkawinanmu




Suatu kali syeikh ilyas rah.a diundang pada suatu acara perkahwinan oleh orang yang mencintainya. Ia seorang khawas/kaya dan punya jabatan.

Ketika beliau sampai diacara tersebut beliau terdiam kerana acara dimeriahkan oleh muzik dan tarian ala India.

Syeikh terlihat sedih dan melihat perkahwinan seorang islam dengan cara orang kafir.

Dengan hikmahnya syeikh telah memanggil tuan rumah, lalu beliau rah.a telah bertanya .

Syeikh : “Apakah ini pesta perkawinan anak kamu?”

Tuan rumah katakan : Ya…!

Syeikh : “Apakah dalam acara ini kau megundang semua orang?”

Tuan rumah katakan : Ya…!

Syeikh katakan : “Apakah pejabat-pejabat negeri ini kamu undang?”

Tuan rumah katakan : Ya…!

Syeikh katakan “apakah seluruh keluarga dan kerabat kamu undang?”

Tuan rumah katakan : Ya…!

Syeikh katakan : “Apakah tetangga dekat dan jauh semua juga kamu undang?”

Tuan rumah katakan : Ya…!

Syeikh katakan : “Apakah seluruh pekerja-pekerjamu kamu undang?”

Tuan rumah katakan : Ya…!

Syeikh katakan : “Apakah pelayan di rumah ini, tukang kebun, tukang cuci, tukang sambut tetamu kamu, kamu juga undang?”

Tuan rumah katakan : Ya! Bahkan.

Syeikh Ilyas rah.a terdiam sedih, maka beliau katakan : “Wahai saudara!” kamu telah undang dalam pesta perkahwinan anakmu kamu semua orang, kamu undang para pejabat, kerabat, tetangga, bahkan pekerja sampai tukang bersih kamu, tetapi apakah

kamu mengundang Allah SWT didalam pestamu?

Orang itu terdiam dan menyedari bahwa Allah SWT tak hadir dalam pesta perkahwinan anaknya kerana tidak ada cara nabi SAW melainkan cara orang kafir dengan pesta muzik dan tarian wanita.

3 Sifat Abu Bakar Dalam Solusi Ummat

1.Tidak menginginkan kekuasaan
2.Ucapannya lembut
3.Tidak terkesan dengan suasana didalam metaati Allah dan RasulNya




Ketiga sifat Abu Bakar ini lah yang menjadi asbab selesainya masalah ummat


1.Tak Inginkan Kekuasaan




Keadaan ummat setelah nabi wafat begitu kacau kesedihan menimpa seluruh penduduk madinah, Umar mencabut pedang keliling Madinah sambil berteriak: Siapa mengatakan Rasulullah SAW wafat akan saya bunuh. Ustman dan Ali hanya berdiam diri di masjid. Abu Bakar dengar kematiaan Rasulullah SAW terus datang kerumah nabi. Isteri-isteri beliau langsung berhijab kecuali Aisyah ra. Abu Bakar cium kening nabi SAW sambil berkata: Keindahan wajah mu sama saja baik ketika engkau hidup ataupun sudah wafat setelah itu Abu Bakar berkhutbah di masjid.




Setelah ummat tenang mereka mula bermusyawarah tentang siapa yang akan menggantikan Rasulullah berkumpullah mereka di Tsaqifah.

Orang Muhajirin usulkan khalifah dari mereka orang Ansor juga demikian. Bahkan ada usulan agar Ansor memiliki amir sendiri dan Muhajirin memiliki amir sendiri.




Maka Abu Bakar berkata: Tidak. Itu adalah adat jahiliah. Islam telah satukan kita harus ada satu amir yang di taati ummat. Lalu siapa? “mereka sepakat angkat khalifah dari kabilah Rasulullah SAW iaitu Quraisy. Mereka datang kepada Abu Bakar ingin ba’iat, tetapi Abu Bakar menolak dan katakan: Tidak, saya orang lemah! Datang lah kepada Umar, dia orang yang kuat dan dia orang yang nabi SAW katakan: “kalaulah ada nabi sesudah ku maka Umar orangnya.”




Ketika sahabat datang ingin ba’iat Umar maka Umar ra marah dan berkata: Tidakkah kalian baca Al-Quran surah Attaubah, Idz humaa fil ghoorr siapakah keduanya itu? Ialah Abu Bakar.

Mereka datang lagi kepada Abu Bakar, beliau katakan: Datanglah kepada Abu Ubaidah Ajjahrah, dialah orang yang paling terpercaya dikalangan ummat ini.

Abu Ubaidah katakan hal yang sama dan bacakan surat Attaubah. Akhirnya Abu Bakar tak berdaya menolak kerana melihat ummat semakin kacau. Dan selama tiga hari Abu Bakar umumkan di masjid siapa yang bersedia menggantikan dia.




Jadi ke khalifahan Abu Bakar bukan kerana kehendaknya tetapi kehendak ummat.




Suatu waktu Abu Bakar jumpa seorang sahabat yang tak hadir saat pembaiatan. Dikatakan kepadanya: Wahai Abu Bakar! Kamu yang mengajarku jangan menjadi amir walaupun untuk dua orang tetapi kini engkau menjadi amir seluruh muslim bagaimana ini?”

Dengan hikmahnya, Abu Bakar membawanya ke tempat yang sepi dan menjelaskan bagaimana kacaunya keadaan ummat saat ini kalaulah tak jadi khalifah.




Ada seorang sahabat bernama Khalid bin Saad. Yang belum ba’iat kepada Abu Bakar, padahal semua sahabat sudah melakukannya.

Namun Abu Bakar tak marah, tak katakan: “Kamu bughot, penentang, dan harus di hukum”. Tidak! Abu Bakar tak lakukan itu.

Bahkan Abu Bakar datang kerumah Khalid bin Saad setiap hari dan tak cerita soal khalifah, tetapi cerita tentang keluarga dll.




Hal itu berlangsung selama enam bulan, barulah hati Khalid bin Saad menjadi lembut dan bertanya: Kenapa kamu datang tiap hari? “Abu Bakar jawab: Aku ingin agar engkau melakukan seperti kaum muslimin iaitu ba’iat. Khalid setuju asalkan ba’iat di rumah. Tetapi Abu Bakar katakan: Lakukan sebagaimana kaum muslimin buat iaitu di masjid. Kerana melihat akhlaq Abu Bakar maka Khalid bin Saad pun ba’iat di masjid.




2. Sifat Lembut Dalam Bertutur





Seorang kafir datang kepada Abu Bakar dan berkata: Wahai Abu Bakar, saat Muhammad SAW masih hidup beliau telah janjikan tanah buat kami di Madinah Demi menyebut Rasulullah SAW maka lembut lah Abu Bakar. Dan dia bermusyawarah dengan para sahabat dimana saat itu Umar RA tidak hadir. Akhirnya Abu Bakar buat kan surat untuk mereka dan mengatakan: “Bawalah surat ini kepada Umar untuk minta persetujuannya”.




Kafirun sampai kepada Umar, setelah di baca isi surat tersebut maka Umar marah dan terus mengoyakannya, sambil berkata: Tidak boleh! Dahulu nabi menjanjikan kepadamu kerana masa itu Islam lemah! Tetapi kini Islam kuat tak ada bahagian bagimu.




Orang itu pergi kepada Abu Bakar dan berniat membuat perpecahan antara Abu Bakar dan Umar dan mengatakan:

Wahai Abu Bakar, engkaukah khalifah atau Umar?

Jika Abu Bakar terjebak maka ia akan emosi dan katakan: Aku yang khlifah! “apakah Umar menentang aku?”

Tetapi dengan lembutnya Abu Bakar berkata: Seandainya di saat itu Umar bersedia di ba’iat kaum muslimin maka Umarlah yang khalifah! “tetapi saat itu ia tak mau.”

Maka kafirun itu pun berlalu tak berhasil membuat perpecahan Abu Bakar dan Umar RA.




Beberapa saat kemudian Umar datang dan memarahi Abu Bakar.

Abu Bakar boleh saja berkata: Saya sudah bermusyawarah dengan kaum muslimin, kenapa tak hadir, kamu yang salah!”

Kerana pada masa itu memang Umar tak hadir. Tetapi pasti Umar akan marah lagi. Dengan hikmahnya Abu Bakar berkata: Wahai Umar! “Bukankan dahulu aku telah katakan bahawa aku lemah, dan engkau kuat, tetapi orang memaksaku menjadi khalifah.

Maka redalah kemarahan Umar.




Saat meminta Umar agar membantunya di Madinah menjadi amir Usama bin Zaid. Maka Abu Bakar dengan lemah lembut menceritakan ehwal kepentingan Umar di Madinah. “Kasihanilah saya, saya lemah, sedangkan kekuatan dia boleh bantu aku di Madinah. skali lagi Usama tak memberi izin ,Abu bakar terus merayu sambil hantar Usama ke pinggir kota Madinah sedangkan dia berjalan kaki. Sampai akhirnya Usama izinkan. Padahal kita faham Usama hanyalah sahabat kecil berusia 13 tahun sedangkan dia(Abu Bakar) seorang khalifah tetapi sikapnya lemah lembut



3.Tak terkesan dengan suasana




Walaupun pada saat itu Madinah siap diserang pemberontak dan tentara Romawi,serta banyak orang Islam Murtad dan tak mau bayar zakat tetapi Abu Bakar tetap hantar Jamaah Usamah dan mengeluarkan semua laki laki dari Madinah sehingga selama tiga hari tidak ada azan.

Banyak sahabat protes tetapi abu Bakar meyakinkan tak ada kejayaan menahan pasukan yang telah dihantar Rasululloh SAW.

Kekhuatiran sahabat kepada Jasad Rasulullah kalau ditinggalkan di Madinah,maka Abu Bakar katakan: Jangan lihat jasad Rasulloh SAW. Tetapi lihatlah agama yang dibawa Rasululloh sudah mula berkurang sedangkan jasad disaat hidup Rasululloh dikorbankan untuk agama,.



Demikianlah akhlak Sayidina Abu Bakar Dalam menyelesaikan Masalah Ummat. Wallahualam.

Cerita Hatib mencintai Ummi Qais

Diceritakan bahwa ada seorang sahabat yang bernama Hatib telah mencintai seorang gadis rupawan yang bergelar Ummi Qais. Sebagai kebiasaannya orang yang bercinta, Hatib berusaha agar si gadis itu dapat dimilikinya. Dia pun meminang Ummi Qais sewaktu mereka sama-sama berada di Makkah lagi, akan tetapi, oleh kerana kemalangan nasibnya, gadis itu telah menolak peminangan Hatib. Kemudian Ummi Qais pun berhijrahlah pula bersama-sama orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Hatib, dia merasa amat berdukacita. Oleh kerana terlalu merindukan Ummi Qais, Hatib lalu mengambil keputusan untuk berhijrah menjejaki langkah Ummi Qais ke Madinah, dengan harapan agar dia dapat memikatnya dan membujuknya sewaktu di Madinah nanti.

Jadi nyatalah sudah bahwa hijrahnya Hatib itu bukanlah semata-mata kerana tujuan asal berhijrah ke sana; yaitu untuk mencari tempat perlindungan bagi agamanya. Tetapi di sebalik itu, ada maksud yang lain yang lebih diutamakannya; yaitu moga-moga ia dapat menukar keputusan Ummi Qais yang lalu dan moga-moga Ummi Qais akan menerimanya pada kali ini, sebab hatinya

sangat sayang dan mencintai Ummi Qais.

Cerita hijrahnya Si Hatib sepenuhnya telah disampaikan kepada Rasulullah SAW. Oleh karena itulah, maka Hadis ini telah disabdakan, yaitu: "Dan barangsiapa hijrahnya karena dunia (sebab-sebab keduniaan) yang ia ingin memperolehinya, ataupun karena seorang perempuan yang ia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya." [Bukhari & Muslim]. Maksudnya : Tiadalah ia mendapat pahala apa pun dari hijrah yang telah ia lakukan itu. Sebab orang lain berhijrah membawa dirinya dan agamanya agar terselamat dan fitnah kekufuran yang mengancamnya di negeri Makkah, semata-mata karena mentaati perintah Allah dan RasulNya. Akan tetapi maksud utama hijrah Hatib ada yang lain; yaitu keinginan hati untuk menawan Si gadis kecintaannya.

Smoga sy & tuan2 yg mmbaca sntiasa membetulkan niat .InsyaAllah Amien :)

Cara menumbuhkan kecintaan kepada akhirat



Kalau ditanya mana yang lebih kita cintai, ibu atau ayah. Pasti kita menjawab ibu. Karena ibu yang paling BANYAK BERKORBAN untuk kita. Mengandung, melahirkan, menyusui, merawat dan membesarkan kita.

Kalau kita diberikan hp oleh teman/Ibubapa. Kemudian hp tadi hilang. Kita akan sedih. Tapi kalau kita menabung Rm50 setiap bulan, setelah wang tadi terkumpul dan membeli hp. Kemudian hp itu pun hilang. Kita pasti akan merasa lebih sedih. jika dibandingkan dengan hp yg diberi teman/ibubapa, pastinya hp hasil wang sendiri jauh lebih menyedihkn kerana ada PENGORBANAN mengumpulkan wang RM50 bulan.

Kenapa hari ini kita lebih cinta dunia daripada akhirat kerana kita lebih banyak BERKORBAN untuk dunia. Apa pun akan kita lakukan untuk mendapatkan dunia.

Seorang kekasih mengatakan :

“Gunung akan kudaki, lautan pun akan kuseberangi” (Gombal)

Inilah tanda bukti PENGORBANAN untuk mendapatkn yang dicintai.

Untuk menumbuhkan kecintaan kepada akhirat pun begitu. Banyak berkorban untuk akhirat, korban untuk akhirat korban untuk agama. Akan muncullah kecintaan kepada agama. Semakin banyak BERKORBAN akan semakin cinta.

Gunakanlah waktumu untuk agama kalau tidak waktumu akan habis juga tapi bukan untuk agama

Gunakanlah hartamu untuk agama kalau tidak hartamu akan habis juga tapi bukan untuk agama

Gunakanlah hidupmu untuk agama kalau tidak kamu akan mati juga tapi bukan untuk agama

Wednesday 18 January 2012

2 hari yg sgt menguji ,






kali ni penulis nk share dengan korang pengalaman penulis yang baru nak berjinak2 dlm bidang kontraktor & engineering . bg penulis sndiri ( yg asalnya bukanlah teknikal sgt, skolah dulu skolah agama, xdala mahir sgt teknikal2 nih), pastinya satu cabaran la sebab ni kali pertama sy masuk bidang industri dlm civil construction . dipendekkan cerita, dh ditakdirkan penulis perlu jalani latihan industri, setiap tahun lebih kurang belasan ribuan fresh graduate pelbagai bidang teknikal yg bakal2 bersaing dlm kerjaya masing2, syukurla sbb Malaysia ni masih bergelar negara yg sedang mmbangun, makanya bidang2 pembinaan infrstruktur & industri2 berat & ringan masih dlm pembangunan ,jdi keperluan pekerja2 mahir & korporat sangat2 diperlukan.... bagi adik2 yg baru nk buat pilihan ttg kerjaya mgkin bleh la pakat2 dgn mak ayah bincang dgn baik2 kalu nk masuk bidang teknikal mcm penulis ...penulis pun dulu xla terfikir sgt nk ceburi bidang ni, itulah namanya rezeki kn..xdpt bidang agama, xbermkna agama ditinggal kn??, org kata bidang ni kerja tnpa sosial yg tinggi, kalu Mekanikal Eng. istri pertamanya mesin2 & jentera2, kalu Electrical eng. istri pertamanya suis2 operation & maintanance, kalu Civil eng. istri pertamanya sy pun xtau hik3... & bnyk lagi bidang2 yg laen xtersebut dlm ni... apa2pun tu semua cuma mitos org2 tua, sbnarnya dari kitala mcmana nk kendalikn cara hidup kita. xsmestinya jdi seorg eng. anda perlu letakkan kerjaya anda teratas skali smpai menduakn agama & tanggungjawabnya kn?? ..

Hari pertama

pernah skali waktu praktikal , tmpt praktikal sy sgt2 "strategik" skali .. stu company swasta fokus dlm pembinaan menara2 talian di seluruh sabah, kebetulan pula masa 2 dah ada projek untuk 6 site (6 tapak pembinaan) yg kami perlu selesaikn segera dlm 2 bulan .sebagai main contraktor kami perlu buat pemantauan stiap minggu, tmbahan pula 6 site 2 terletak bejauhan 4 site di sabah (Kudat ,bukit Nobusong,bukit Ijai,Talamanson & stu tmpt lg di area Kota Marudu), 2 site lg di pulau banggi (teluk menganyit & Limbuak Laut)...nk crita kat sini pernah skali Bos suruh buat inspection kesemua 6 site dlm masa 2 hari ,..bunyi mgkin mcm senang kn? tp bagi penulis sndiri ujiannya sgt tinggi terutama skali bila nk handle waktu solat ,masa yg diambil nk pegi Kudat dari KK(main Office) ambik masa sekurang2nya 2 jam (100 km/j), dengan keadaan yg sntiasa rush, syukurla sy sorg lelaki, jd xda masalah sgt kalu redah hutan tropika (sebab 4 site disabah terletak di kawasan pedalaman ,setiap menara dibuat diatas puncak bukit), dlm sehari sja perlu begerak tnpa hnti kejar masa utk keempat2 site ,masa 2 la sy paling bingung nk tunaikn solat mcmana, kalu majikan yg memahami alhamdulillah kn, tp kes sy ni dlm dilema sbb majikn nk kejar masa, sy pula kejar masa & solat. jd sy terpaksala mncuri masa & cuma berijtihad nk tunaikn solat cara apa, akhirnya sy buat keputusan nk solat jamak qasar dgn bertayammum sja (walaupun dlm hutan, xsemua hutan mudah cari sumber air).. alhamdulillah dlm stu hari dpt jga slesaikn 2 tggungjwab (kerja & solat fardhu),

hari kedua.

dh slesai hari pertama yg sgt2 memenatkn, lebih kurang jm 10.30 mlm jugala sy, bos & project supervisor keluar dari hutan & menginap dimana2 hotel (Bos sndiri xtahan nk tido di hutan ..hahah), sy pun amikla kesempatan dlm kesempitan berposing2 di hotel mewah 5 bintang 2 (sumanya bos tanggung ..hahaha). esok paginya sarapan yg agak mewah dihidang sebab hr 2 dh nk ke pulau Banggi (salah satu pulau di Sabah dekat2 dengan kepulauan filipina), 2 mcm isyarat yg kitorg xkn makan seharian di pulau sbb perlu lawat 2 site lg (mklumlah di pulau mana ada private car, naik Pick up lah ..haha)..sgt best first tym pg pulau tu, masih terjaga & suasana pun tenang, xrmai penduduk , tp apa yg mngharukn sy bila nmpk budak2 skolah diiring dengan Ibunya bejalan kaki tepi jln raya lebih kurg 2 KM ke sekolah , bukan seorg 2, tp majoriti pnduduk sana mmg mcm 2 (driver pick up yg bgtau ), ikutkn hati mmg rasa nk tumpangkn , tp pickup kitorg pun penuh ..skali2 rasa malu dgn diri sendiri juga sbb hdup xpernah pula smpai susah mcm 2, tp sy xgunakan peluang sebaiknya (Huhuhuhu) .apa yg lebih mengharukn sy, pekerja2 buruh di pulau 2 sgt2 baik (bagi sy la) walaupun banting tulang $ kerat , tpi dorg mmg jaga solat, (lelakinya macho2 simpan janggut segenggam ..hehe sunnah kn). Pendek crita Alhamdulillah hari yg memenatkn juga tp bnyk pengajaran sy dapat dari sebuah pulau, walaupun rata2 org pulau 2 guna bahasa suluk, tp sbgai student kita kena blajar la bhasa dorg ..Toink!~ ..

Apa2pun penulis cuma nk smpaikn disini ,pengalamn memang mematangkn pemikiran, kita xtau mcmana sbenarkn ujian yg bakal kita tempuhi ,mgkin dlm suasana berkelompok & suasana beragama mmg mudah untk kita kata itu & ini sbb org sekeliling kita sudah faham apa yg kita cuba sampaikn, namun hal yg sebaliknya terjadi kalu org sekeliling kita xfaham apa yg kita cuba lakukan dlm masa yg sama org sekeliling sibuk dgn tumpuan yg laen .Penulis yakin ramai lg org yg dh lalui keadaan ni malahan lebih mencabar lagi, cumanya xberprluang nk kongsi sbgai sumber pengajaran bagi kenalan2 yg lain. syukron sudi baca :)

Istilah*
inspection= Pemantauan setiap fasa projek.
Pick Up= kenderaan pacuan 4 roda khas untk bawa brg & penumpang.
site= tapak pembinaan