Monday 23 January 2012

Fastabikul Khoirats...smoga bermanfaat buat pembaca


1.Dari Abu Firas rahmatullah ‘alaih (seorang dari Kabilah Aslam) telah berkata: seorang telah berseru dan bertanya: ya Rasulullah! Apa itu iman? Nabi SAW bersabda: Iman itu ialah ikhlas. (HR Baihaqi)

2.Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Besarkanlah Allah SWT dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya. (HR Ahmad)

3.Dari Ibnu ‘Abbas r.huma, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu. (Riwayat Bukhari)

4.Dari Abu Umamah r.a menukilkan sabdaan Rasulullah SAW; Bersedekah secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah SWT. (HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

5.Dari Irbadh bin Sariah r.a berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku ialah hamba Allah dan Nabi yang terakhir. (HR Mustadrak Hakim)

6.Dari Sa’ad r.a menceritakan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: Allah SWT menyukai hamba-hamba yang bertakwa, yang tidak berharap kepada makhluk dan tidak terkenal. (HR Muslim)

7.Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya. (HR Abu Daud)

8.Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka. (HR Ibnu Hibban)

9.Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam. (HR Bukhari)

10.Dari Abu Darda r.a meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: Allah telah menetapkan lima perkara bagi setiap hambaNya; Ajalnya dan rezekinya, umurnya, untung nasib buruk dan nasib baiknya. (HR Ahmad)

11.Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)

12.Dari Uthman ibn Affan r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: yang terbaik diantara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (HR Tirmizi)

13.Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian.
(HR Tirmizi)

Komen penulis: sbnarnya hadis2 ni dipetik dari Kitab Munthakab Hadis & Riadussolihin, penulis sgt berminat dgn himpunan hadis2 dari kitab tersebut, lebih bnyk menganjurkn kebaikn & kesedaran sesama pembaca & pendengar,ada bnyk lg hadis2 yg penulis nk kongsikn, tp slow2 la dulu ya...smoga brmanfaat buat si penulis dulu, seterusnya para pmbaca ..Amien3

No comments:

Post a Comment