Friday 15 June 2012

40 hari Mencari Cinta :)


Aku memang dari dulu berazam nk keluar 40 hari tapi xkesampaian .pernah skali aku sudah muktamad nk sertai rombongan jemaah ke Sabah & Sarawak selama 40 hari (masa tu baru 2nd year di UTHM), tiba2 fakulti pula nak buat short sem untuk "Surveying Camp"( yg Ukur2 tanah tu) ,clash pulak dengan tiket penerbangan ku ..huhhu, jemaah dh pergi aku tertinggal sendiri.

Sekarang Allah dh beri aku peluang kedua,& pastinya aku xkan lepaskn peluang ini, lebih2 lagi di bulan puasa, maka fadhilatnya berganda2 :). Alhamdulillah aku dh berbincang baik2 dgn mama & papa (dh sekian lama aku Ikram diorg, bantu2 diorang, bila balik rumah semata2 nk senangkn hati Parents ), Allah mudahkn Urusanku, ma & pa setuju & terima usul pengorbananku ,
aku kata (Ma & Pa, esan buat ini bukan untk kepentingan esan smata2, harta2 Ma & Pa yg esan guna sepanjang keluar ni, semuanya milik pa n ma, Smoga dgn korban esan yg sdikit ni Allah redha dgn titik peluh ma n pa selama ni besarkan esan dgn rezki2 ma n pa :)...)

Sesungguhnya Usaha ini bukanlah usaha persatuan, kita xkan dapati mana2 name tag atau lencana yang melambangkan usaha ini, bukanlah usaha kepartian & NGO2, kita xkan dapati mana2 pejabat, markas2 atau yuran2 khas dlm usaha ini. yang ada cuma pakaian sunnah, masjid2 dijadikan tempat rujukan Aktiviti sesuai dgn taraf "RUMAH ALLAH" untuk dimuliakan, & madrasah2 hafiz dibina untuk menjaga AL-QURAN & SUNNAH :)

Tanggal 1 July 2012 ,
Detik pengorbananku insyaALLAH bermula, Mungkin ada yg tertanya2 apa yg jamaah buat ketika Khuruj Fisabilillah?? ni nk share dgn korg la ni :)


APA YANG DIBUAT JEMAAH KETIKA MEREKA KELUAR DI JALAN ALLAH ?:


Mereka menghidupkan amalan Nabi secara menyeluruh yakni Dakwah, Taklim wa Ta’allum, dan Tazkiyyah. Sesuai ayat :

Ya Tuhan kami, utuslah seorang Rasul ditengah-tengah mereka yang berasal dari diri mereka sendiri (yang tugasnya) membacakan ayat-ayat Engkau (DAKWAH), mengajarkan kepada mereka ALKITAB dan ALHIKMAH (Taklim wa Ta’allum) dan Tazkiyyah (Dzikir Ibadah dan Khidmat), Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha Bijaksana (AL Baqarah : 129)

Doa di atas adalah doa Nabi Ibrahim ketika selesai membangun Ka’bah sehingga mereka katakan : Inilah amalan masjid yang diinginkan Ibrahim as.


Mereka membagi waktu khuruj dengan tertib sebagai berikut :

4 Jam untuk Dakwah, yang terdiri dari :

1. Jaulah Umumi, yakni jumpa seluruh orang kampung
2. Jaulah Khususi, yakni jumpa orang perseorangan sebagaimana kedudukan orang yang didatangi, misalnya : ulama atau umara, ziarah gol. ulama utk memuliakan mereka.
3. Jaulah Taklimi, yakni mereka berkeliling untuk ajak orang kampung duduk di majlis taklim fadhilah amal yang mereka buat.
4. Jaulah Tasykili, yakni mereka datang ke tempat orang yang ada simpati setelah mendengar bayan-bayan (penjelasan) mereka.
5. Jaulah Ushuli, yakni mereka datang kepada orang awam yang berniat keluar bersama dengan jemaah semasa hendak pergi ke tempat / kampung lain.



4 Jam mereka gunakan untuk Taklim, yang terdiri dari :

1. Taklim Kitabi (Fadhilat Amal, Fadhilat Seedekah,Hayatussahabah,Munthakab Hadis, dsb)
2. Taklim Halaqah Al Quran (mebetulkan Tajwid & tafsiran Quran jika ada yg arif)
3. Taklim Enam Sifat (akan sy jelaskn di post yg lain :) )
4. Mudzakarah Adab-Adab Sunah Sehari-hari
5. Taklim Infiradi(amalan individu), yakni membaca buku yang mereka bawa di luar amalan ijtima’i... aku bawa jer suma buku2 agamaku, bleh baca tym bosan :D



4 Jam Mereka gunakan untuk Dzikir Ibadah, yang terdiri dari :

1. Solat berjamaah (Takbir yg pertama sama2)
2. Sholat-sholat sunnah
3. Dzikir Pagi Petang
4. Sholat Tahajud dan Doa Hidayah dimalam hari
5. Tilawah Al Quran
6. Doa-doa masnunah (doa2 harian, naik kenderaan, doa memasak, dsb)



4 Jam mereka gunakan untuk Khidmat(menolong), yang terdiri dari :

1. Khidmat kepada Amir
2. Khidmat kepada Jemaah
3. Khidmat kepada orang kampung
4. Khidmat kepada diri sendiri


Semuanya jika dicampur menghasilkn waktu 16 Jam. Sedangkan sisanya digunakan 6 jam untuk tidur dan 2 jam untuk memasak/makan/mandi dan keperluan pribadi lainnya.


Apabila mereka keluar ikut tertib dengan ikut kepada amalan ijtima’I secara full, maka biasanya dengan izin Allah mereka mendapat Islah setelah pulang. Boleh jaga solat berjamaah dan muamalah(berhubungan) dan mu’asyarahnya menjadi lebih baik.

Kegagalan orang keluar di jalan Allah disebabkan mereka tidak ikut tertib sehingga tak ada Ishlah dan setelah itu sukar diperbaiki lagi dan jadi HIJAB bagi manusia lain untuk dapat Hidayah.



3 Perkara yang menyebabkan seorang berjaya keluar di jalan Allah :


1. Keluar dengan mentaati Amir
2. Keluar dengan tertib di dalam Ijtimaiyyat(berkumpulan, team work)
3. Keluar semata kerana Allah SWT (xda tujuan lain selain Allah)




Apabila orang keluar dengan 3 hal tersebut maka Allah akan beri kepada mereka 2 perkara :
1. Dicabut sifat binatang dari diri mereka
2. Doa mereka akan dikabulkan sebagaimana doa Nabi-Nabi.



Telah banyak bukti perubahan yang terjadi pada orang yang keluar di jalan Allah, mereka yang sebelumnya orang yang rosak agamanya atau sampah masyarakat. Kaki maksiat, Koruptor, Artist Pejabat, Anak Menteri, Polis, Tentera, dsb yang sebelumnya jauh dari agama, mereka kini menjadi Pendakwah, bukan hanya diri mereka baik tapi mereka juga fikir orang lain untuk menjadi baik.
Dan disini jugalah aku belajar utk tidak mengharap pada makhluk, tidak mengharap pada pandangan manusia, inilah penyejuk hatiku bila tiada siapa lagi yg memandang kita, kita mula mengharapkan Pandangan ALLAH ... T_T


Iwan Dangdut yg dulunya pernah Famous dgn sbgai raja dangdut dgn lagu "Yg sedang2 saja :D". Dulu Iwan Dangdut, Kini Iwan Dakwah :D..happy ending <3
Sakti---> Guitaris utama Band terkemuka Sheila On 7, beliau membuat keputusan menginfakkan diri sepenuhnya pada Allah dizaman kegemilangan Kump. Bandnya (what a BIG IMPACT!!, seorg guitaris keluar, SO7 pun tenggelam..ntk Allah :)


Steven Cat, seorang penyayi jalanan, skrg nama islamnya Yusuf Islam

Sehingga ketika Amir mereka Syaikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi Rah A dikritik orang katanya Jemaah Tabligh hanya Amar Makruf saja tak ada Nahi mungkar. Maka Beliau katakan : Hadits yang menyebutkan : “Jika kamu lihat kemungkaran maka ‘Fal Yughayyir’ yakni rubahlah bukan hancurkanlah maka lihatlah oleh kalian !! Perubahan hidup mereka dari maksiat kepada taat.

"merubah diri semestinya perlukan masa :), Hidayah Milik Allah, xberpihak pada mana2 pihak, hanya berpihak kepada org yg mencarinya dgn cara yang telah Nabi SAW ajarkan :) (QURAN & SUNNAH), jgn disangka org yg dakwah berbulan2 bila balik terus layak digelar Syeikh :), andai seorg sukarelawan menghadiri kursus keselamatan belajar2 asas2 kecemasan & perubatan selama 6 bulan, bila balik dari kursus adakah patut di gelar sebagai Doktor? x kn? hehe.. bgitula usaha membetulkan diri sentiasa bergerak sambil mengajak org lain bersama :).

-Orang Yang Berjaya Bukanlah Yang Mendapat Hidayah, Melainkan Mereka Yang KEKAL Bersamanya Hidayah Di Saat Badan & Nyawa Terpisah.


Terjemahan Istilah :

1.Khuruj fi sabilillah = Keluar di jalan Allah
2.Jaulah = Bertemu(dakwah) secara langsung dgn manusia
3.Amir = Ketua
4.Ikram = Memuliakan seseorang, (menolong, meringankan beban, berkhidmat & bersabar)

No comments:

Post a Comment