Tuesday 17 January 2012

Nasihat Harzrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma


Hazrat Wahab Bin Munabbih rah. berkata, " Pada suatu ketika setelah penglihatan Hazrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma hilang, saya telah membawa beliau ke Masjidil Haram. Setiba di sana kedengaran suara satu kumpulan orang sedang bergaduh. Beliau berkata" Bawalah aku ke tempat kumpulan itu". Saya telah membawa beliau ke situ. Apabila tiba di sana beliau memberi salam. Mereka telah mempersilakan beliau duduk tetapi beliau enggan & berkata. "Tidakkah kamu mengetahui tentang kumpulan hamba Allah SWT yang istimewa??? Sifat Takutkan Allah SWT telah menyebabkan mereka berdiam diri. Sedangkn mereka itu bukanlah Bodoh & tidak juga bisu. Bahkan merekalah orang yang fasih, pandai berkata-kata & bijak. Namun demikian, kerana ingatan kepada Allah SWT menguasai akal mereka, hati-hati mereka telah tetap teguh dalam keadaan itu, mereka bersegera ke arah kebaikan. Ke manakah kamu telah terpesong daripada jalan mereka??" Hazrat Wahab berkata," selepas peristiwa itu, aku tidak lagi melihat orang berkumpul di situ walaupun dua orang."

KETERANGAN

Ketakutan Hazrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma kepada Allah SWT begitu hebat sekali sehingga airmata yang sentiasa mengalir di wajahnya meninggalkn bekas aliran yg kekal. Dalam kisah di atas Hazrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma telah memberi satu petua yang mudah supaya kita dapat mengambil berat amal-amal kebaikan iaitu dengan memikirkan kebesaran & kehebatan Allah SWT. Setelah itu, semua jenis amal baik akan menjadi mudah & amal itu pasti akan penuh dengan keikhlasan. Apalah susahnya untuk melapangkan sedikit masa daripada 24 jam sehari semalam untuk kita merenungkn perkara ini.

Note:
istilah "Hazrat" bermaksud Tuan dlm bahasa urdu (bahasa urdu pula sgt dekat dgn bahasa Arab) wallahualam.

No comments:

Post a Comment